Hola Menjual Bandwidth Pengguna : Aku Kata Dah Jangan Guna Benda Free..

Apabila sesuatu Itu Percuma, Anda Adalah Produknya!

Biasa la. Bila saya nasihat, ramai yang cakap itu dan ini. Dari mereka kecil sampai mereka besar saya selalu pesan, kalau nak guna VPN, gunakanlah yang berbayar, dari syarikat atau penyedia yang telah diyakini servis mereka, yang telah kukuh tapaknya dalam bidang ini.

Tapi ironinya bila tiba kepada hal ehem*nak-unlimited-kuota*ehem para pengguna ini sanggup pula langgan servis SSH, padahal kalau nak diikutkan ralat atau bugs ini sama saja versinya dengan penggunaan VPN, tinggal masa dan ketika saja untuk ditampal oleh pihak ISP.

Hola Dan Servis VPN Percuma

Bila dikatakan mengenai servis percuma ini, kita perlu tahu bahawa Hola telah pun menjadi sebuah rangkaian yang super-duper besar. Telah lama saya sangsi mengenai penggunaan perkataan 'PEERS' dalam terma dan syarat servis ini. Lama saya berfikir mengenainya lalu saya kaji semula kenapa mereka menggelarkan para pengguna sebagai 'Peers', dan telahan saya mengenai perkara ini iaitu para pengguna dijadikan sebagai produk untung atas angin mereka ialah tepat. Hola menggunakan bandwidth para pengguna mereka yang sedang melahu sebagai SUMBER kepada sebuah servis VPN BERBAYAR mereka sendiri iaitu Luminati.



Anda boleh baca tulisan mengenai perkara ini (Bahasa Inggeris) pada blog Ben Bristow di sini : http://www.benbristow.co.uk/#/blog/post/3

Tidak lupa juga laporan melalui laman Torrent Freak :

https://torrentfreak.com/hola-vpn-sells-users-bandwidth-150528/

Apa yang malangnya mengenai perkara ini ialah nasib kepada pengguna yang tersekat dengan pelan internet beserta jumlah kuota yang kecil, maka Hola akan menggunakan bandwidth pengguna mereka ketika ianya sedang tidak digunakan, pada ketika klien Hola masih bersambung dengan rangkaian.

Selain itu adalah amat tidak bermoral apabila bandwidth dan IP pengguna-pengguna servis 'percuma' ini telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang menggunakan ia untuk menyerang (DDoS) laman-laman web tertentu, dan juga menggunakan ia dalam aktiviti-aktiviti penggodaman.

Jadi kepada anda yang masih menggunakan Hola, sila berhenti dari sekarang. Saya sarankan FinchVPN yang sangat ohsem ini kepada anda : FinchVPN


Powered by Blogger.