iflix : Nikmati Filem-Filem Lama, Baru, dan Akan Datang Dengan Aplikasi Ini

Untuk anda yang lebih gemar menggunakan aplikasi 'lanun' seperti Showbox ataupun HD Cinema, maka aplikasi ini tidak sesuai untuk anda.

Tetapi jika anda gemar mencuba perkara baru, dan bahkan sudah berasa agak bosan dengan aplikasi 'lanun' sama ada dari segi kepenggunaan mahupun ciri, contohnya reka bentuk yang ketinggalan ataupun popup iklan yang berderu-deru, maka iflix adalah jawapannya.

Buat sementara waktu ini, saya masih tidak dapat mengetahui berapakah jumlah sebenar bayaran yang bakal dikenakan kepada pengguna sebaik sahaja tamat tempoh percubaan. Apa yang pasti ianya adalah suatu permulaan, dan walaupun ianya agak tampak lopong di sana-sini, boleh dikatakan ianya agak bagus.


Apa yang saya sukakan mengenai iflix dan aplikasnya ialah ia 'straight forward'. Tiada sebarang tetapan yang terlalu kompleks, tiada sebarang tampilan yang terlalu menjengkelkan. Semuanya seperti 'disampaikan secara terus'. Anda bolehlah melihat paparan skrin aplikasi ini di bawah:




Kalaupun ada kontra mengenai aplikasinya, apa yang saya tidak beberapa gemar ialah ia tiada pilihan paparan berdefinisi tinggi (High Definition) buat masa ini, dan filem-filem atau drama-drama yang dipaparkan tidak mempunyai sarikata. Tidak lupa juga ia tidak boleh di-strim menggunakan aplikasi alternatif seperti MX Player atau VLC, dan juga kebanyakan filem-filem dalam katalog iflix adalah dari filem-filem lama.

Ada lagi yan saya terlepas pandang? Tidak ada? Kalau tidak ada bagus. Anda bolehlah mendaftarkan satu akaun, dan kemudian boleh terus memuat turun aplikasinya di Google Play Store.

Daftarkan akaun di sini : iflix

Muat turun aplikasi di sini : iflix @ Google Play Store


Powered by Blogger.