Masyarakat Sekarang Seperti 'The Truman Show'

Buat mereka yang masih belum menonton filem The Truman Show, saya sarankan anda tontonlah sekarang. Kerana apa yang saya cuba coretkan di sini ada kaitannya sedikit-sebanyak dengan filem tersebut. Sedikit intro, The Truman Show adalah berkisar mengenai Truman Burbank, seorang lelaki yang hidupnya dari permulaan janin sehinggalah kepada lahirnya beliau, dituruti kepada bermula persekolahan, dan juga waktu perkahwinan, semuanya adalah di bawah kawalan sebuah rancangan realiti televisyen iaitu 'The Truman Show'.


Dalam filem ini media memainkan peranan teliti, dari radio, televisyen hinggalah kepada surat khabar, semuanya adalah pembohongan terancang. Truman sejak dari kecil, sejak dari belum lahirnya, dia sudahpun dimiliki oleh media. Dia bukan 'anak sesiapa'. Dilahirkan tanpa mengenal siapa ibu dan bapa sebenarnya. Semuanya sudah diatur, dan Truman hanya mengikuti arus hidupnya secara terus-menerus (loop) hinggalah pada suatu hari 'looping' itu diganggu oleh 'bugs'.


Apa yang berlaku seterusnya anda perlu tonton sendiri. Tetapi pokok-pangkal kesimpulan kepada artikel ini ialah bagaimana kita pada hari ini dijajah oleh media. Tak kiralah media cetak, hingga media sosial sekalipun, kita tidak lagi bebas seperti dulu.

Anda tidak percaya? Anda perlu hati-hati kerana di depan mata anda mungkin boleh kenal siapa kawan siapa lawan anda. Tetapi dalam dunia internet yang serba luas ini anda tidak nampak pun siapa mereka di sana. Hari ini anda pos sesuatu di Facebook, kalau tidak kena pada mata mereka serta-merta anda boleh jadi viral di seantero media sosial baik Facebook itu sendiri, mahupun Instagram atau Tweeter.

Tak lupa juga anda dipaksa untuk percaya semua yang media katakan adalah benar belaka. Semua orang yang berada di pihak media adalah berkata benar dan tiada langsung pembohongan. Setiap hari surat khabar yang anda baca, televisyen yang anda tonton, bahkan radio yang anda dengar adalah seperti The Truman Show, minda anda dijajah dengan kawalan apa yang benar dan apa yang tidak.

Hadapilah kenyataannya hari ini. Anda tidak bebas. Anda bukan individu yang boleh mengubah apa-apa lagi di sini. Ehhh.. benarkah begitu? Kalau tidak benar masakan anda sendiri dan seluruh dari kita ini berada dalam 'loop'. Terus-menerus disimbah dan disaji dengan rancangan yang sama tanpa ada perubahan. Jangan pandang dari sudut politik semata, kalau anda pandang dari sudut teknologi, ekonomi, cara berfikir bangsa kita, semuanya serupa. Tiada perubahan.

Generasi Y kini cuba menyesuaikan diri dengan 'The Truman Show' versi Malaysia. Namun malangnya penyesuaian diri yang cuba dilakukan telah menyebabkan implikasi jiwa. Semua perkara hendak dijadikan viral. Mereka gila popular. Tidak lagi memikirkan apakah ia akan menyebabkan kehidupan orang 'di sebelah sana' menjadi lebih buruk lagi, asalkan blog mereka trafik mencanak naik, likers beribu-ribu, dan followers page bertambah-tambah. Pada mereka tiada apa yang aib, yang ada hanyalah kebenaran.



'The Truman Show' versi Malaysia adalah benar (real). Akibat dari itu Generasi Y kini berkiblatkan 'viral', populariti, dan nama yang gah meskipun wajah yang mengendalikan page-page itu tidak dikenali.

Kehidupan anda kini berputar dan bergelintar di sekitar telefon bimbit pintar.


Powered by Blogger.