UCam Ultra Camera Review [2015]

Baru sahaja kita bicara mengenai Komposisi Dalam Fotografi. Tetapi apalah gunanya kepandaian memanipulasi ilmu komposisi andai aplikasi kamera yang digunakan pada peranti telefon pintar anda itu adalah tidak memuaskan hati (kita kecualikan DSLR dalam artikel ini okeh).

Kalau anda sememangnya fanatik dengan kamera dan mempunyai hobi menangkap gambar menggunakan telefon pintar (Mobile Photography bro!), anda wajib dan memang patut mencuba aplikasi yang dinamakan sebagai UCam Ultra Camera ini.

Apa yang menarik?

Apa yang menarik ialah UCam Ultra Camera mempunyai segala-galanya yang anda perlukan pada sebuah aplikasi kamera. Ia mempunyai beberapa tetapan 'di hujung jari' ala-ala Camera FV-5, yang pada saya lebih daripada cukup untuk seseorang yang lebih gemar bermain dengan mode auto. Hehe..

Tak lupa juga ia mempunyai ciri-ciri lain yang lebih mengujakan seperti Smart Scene, Monster, Beauty (kaki selfie mesti suka punya lah!), Scenery, perakam video, kolaj dan juga mode Panorama.

Selain itu ada juga penyunting gambar terbina dalaman yang agak terkedepan juga, walaupun tidak semaju Snapseed, tetapi cukup untuk suntingan pantas dan segera dimuat naik ke Instagram atau Facebook.

Cuba lihat dahulu paparan-paparan skrin di bawah:




Ok.. lihat gambar ini, ia diambil dengan aspect ratio 16:9, dan menggunakan mode auto tanpa 'Smart Scene':


Ini pula adalah gambar dengan kedudukan yang sama, tetapan yang sama, tetapi 'Smart Scene' dihidupkan:


Apabila dilihat dengan teliti, ia seperti mode 'HDR' pada sesetengah aplikasi lain, namun ianya lebih pantas dan tampak lebih natural. Cuma gambar di atas ini saya ambil tanpa menggunakan tripod jadi sebarang cela itu haraplah dimaafkan ya.

Apa lagi yang lebih bagus? Oh ya, aplikasi ini tidak mempunyai In-App Purchase, dan ia juga adalah 100% percuma untuk dimuat turun dan digunakan. Apa lagi yang anda mahu?

Kalau ada yang boleh saya inginkan pada aplikasi ini ialah kebolehan untuk menukar resolusi (walaupun kebiasaannya saya akan biarkan ia pada 'max').

Cukuplah sembang kencang bikin bimbang di sini. Muat turun dan serlahkan bakat anda dalam seni fotografi sekarang : UCam Ultra Camera


Powered by Blogger.