Watermark Software: Perisian Watermark Terbaik Di Pasaran

Watermark bukan suatu perkara asing bagi pengguna dalam dunia teknologi ini. Dulu, blog ini pun ada macam-macam 'isu' mengenai watermarking ni. Saya sampai dah malas nak fikir mengenai orang yang kerap menyalin artikel di sini dan buat seperti mereka yang mengarangnya. Tetapi saya yakin dan percaya anda yang dah selalu 'melepak' di blog ini pastinya kenal dengan penulisan saya. Walaupun saya menulis tentang IT tetapi sasteranya ada. Hahaha..

Terbaru saya dihubungi oleh wakil dari syarikat Watermark Software yang dengan murah hatinya memberi kepada saya akan perisian ini untuk digunakan. Tapi macam biasalah, bukan bagi 'percuma'. Bagi ada makna tau? Hahaha..

Saya bukanlah pengguna tegar perisian watermark seperti ini. Tetapi jika ada satu ciri pada perisian watermark yang saya inginkan adalah paparan antaramuka yang mudah difahami (seperti yang boleh anda lihat pada paparan skrin berikut), 'ringan' pada peranti yang digunakan, dan cara gunakan semudah ABC.


Seperti yang dapat anda lihat di bawah, selepas memasukkan gambar yang diingini, anda akan diberikan pilihan-pilihan yang agak banyak. Daripada pilihan font, saiz, kemudian membawa pula kepada jenis watermark seperti tempelan gambar, dan tempelan 'frame'. Anda juga boleh crop jika anda mahu.


Apa yang menjadi perhatian saya adalah pada watermark dengan menggunakan perkataan. Ya, kita boleh menaip dan meletakkan apa juga perkataan yang kita mahu, boleh memberikan ia saiz apa yang anda rasakan sesuai pada gambar anda, juga boleh meletakkan bebayang seperti klon versi kabur pada perkataan tersebut.

Cuma yang menjadi masalah ialah jika anda mahu menggerakkan ia ke tempat yang anda mahu, anda tersekat dengan apa yang telah ditetapkan oleh pembangun. Anda tidak boleh meletakkan perkataan itu mengikut 'piawaian' anda sendiri. Terpulanglah mahu jadi apa, mahu jadi hantu, mahu jadi buaya kepada kedudukan tetap iaitu atas, tengah, ataupun bawah.

Jika anda gerakkan perkataan tersebut menggunakan kursor, ianya lebih kepada resize dan bukan meletakkan ia pada tempat yang anda mahu.

Apapun selain dari hanya satu masalah ini, perisian Watermark Software adalah satu perisian yang berbaloi untuk anda jika anda merupakan seorang pengguna tegar dalam alam blogging atau apa jua laman web yang anda bina.

Jika anda berminat hendak mendapatkan ia, anda boleh muat turun melalui laman web rasminya:

Klik ---> Watermark Software


Powered by Blogger.