Promosi Domain XYZ Kini Hanya USD1!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca OMG! Hackers?.

Sebelum ini saya tidak pernah ambil tahu pun mengenai domain ini, dek kerana tak pernah terasa nak gunakannya. Tapi bila Namecheap bikin promosi, benda yang tak pernah difikirkan pun akan jadi terpaksa fikir juga. Hahaha..

Buat anda yang ragu-ragu dengan domain ini sama ada ianya 'mesra' dengan Enjin Carian Google ataupun tidak, anda boleh lihat pada gambar di bawah:


Domain tersebut iaitu omgikan.xyz baru sahaja saya beli pada waktu tengahari hari ini (28/8/15). Sebaik tiba waktu petang, sengaja tangan ini berasa 'gatal' untuk mencuba-cuba kata kunci yang munasabah dengan isi kandungan blog, tetapi tak sangka juga ianya dengan pantas telahpun diindeks oleh Google.

Petanda baik bukan? Ya. Memang baik.

Jadi apa tunggu lagi? Tak rugi pun mencuba kerana banyak juga nama-nama yang cool, yang boleh digunakan bersama domain ini.

Harganya setelah dicampur dengan apa-benda-entah-tadi (lupa) ialah RM5.42.


Manakala untuk tujuan pembaharuan tahun hadapan, saya rasa lebih kurang RM46-47 gitu. Ok la kan? Sebab domain omghackers.com yang didaftarkan dengan NetKL pun lebih kurang itu juga. Hehehe..

Ahhh.. banyak cerita pun tak guna kalau anda tak beli bukan? Nah, buka URL di bawah untuk teruskan niat murni anda membeli domain XYZ:

---> Namecheap


Powered by Blogger.