Vivaldi Web Browser Snapshot 1.0.283.8 (Developer Build) - Pengganti Google Chrome?

Ada sesetengah orang amat gemarkan Google Chrome berbanding pelayar web lain, dan saya tergolong dalam golongan tersebut. Namun Google Chrome ada juga 'little annoying quirks' di beberapa keadaan, contohnya kadang-kadang tiba-tiba tak dapat nak menaip pada mana-mana bahagian yang boleh ditaip padanya. Huh..

Sebelum ini saya dah pernah menulis mengenai pelayar web Vivaldi, namun saya tidak tergerak hati untuk menggunakan ia sebagai pelayar web utama dek kerana versi sekarang adalah versi awal pembangunan dan ketika artikel ini ditulis, ia dilabel sebagai 'Technical Preview 4'. Bermakna versi Beta pun masih belum cecah lagi.

Tetapi, di samping versi stabil iaitu Technical Preview 4 tersebut, ada juga versi Developer Build, iaitu versi yang boleh dikatakan 'Alpha'. Sentiasa dikemaskini setiap minggu dan ditambah baik cirinya, dan diperbaiki bugs-nya.

Apa Yang Menarik?

Oh ya, sekarang Vivaldi sudah boleh menggunakan extension Google Chrome (walaupun ada la satu-dua extension yang tak dapat berfungsi penuh).



Adobe Flash Player terbina dalaman, tak perlu pasang pada PC/Laptop lagi dah. Buat berat je.



Penggunaan RAM yang lebih minima. Ini telah saya uji melalui Google Chrome dan Vivaldi yang mana keduanya telah membuka 5 tab yang sama. Berikut adalah keputusannya:


Paparan Google Chrome dan Vivaldi beserta 5 tab tersebut:

Google Chrome

Vivaldi

Amacam? Cun kan.. ohsem kan..

Jadi, kepada sesiapa yang nak cuba, boleh muat turun di sini : Vivaldi


Powered by Blogger.