10 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 15.10

Disebabkan Ubuntu 15.10 adalah satu 'maintenance release', maka dengan pantas sekali saya tuliskan tutorial ini walaupun masih menggunakan versi Beta 2. Dari versi Beta 2 kepada versi stabil nanti, pada saya tidak banyak kemas kini yang 'major' maka dengan itu kita teruskan kepada tajuk.

1. Gunakan DNS Alternatif

Ini adalah perkara pertama yang akan saya lakukan sebaik sahaja saya siap pasangkan Ubuntu. Saya akan masukkan DNS alternatif ke dalam ruang tetapan 'Network Manager'.

Anda cuma perlu ikut sepertimana yang saya paparkan di bawah dan klik 'Save'. Tetapan akan sambungkan anda kepada rangkaian secara automatik dengan DNS baru. Dalam contoh di bawah saya gunakan DNS Google.


2.  Hidupkan repo universe dan multiverse.

Kalau anda menggunakan Ubuntu, anda kena hidupkan dua repo ini dan belajar untuk memanfaatkan ia supaya dapat anda pasangkan perisian tidak rasmi dengan sumber tertutup contohnya Adobe Flash Player.

Taipkan 'Source' pada Unity Dash.


Klik pada 'Software & Updates'. Seterusnya tandakan pada kotak 'Community-maintained free and open-source software (universe)' serta kotak 'Software restricted by copyright or legal issues (multiverse)'.


3. Tukar pelayan untuk muat turun kepada pelayan terdekat dan yang paling laju.

Daripada paparan skrin seperti di atas, anda perlu klik pada bar 'Main server' dan klik pada 'Other... -> Select Best Server'.


Apabila sistem telah selesai memilih pelayan yang paling baik, klik 'Choose Server', dan 'Close'.


Nampak paparan skrin di atas? Klik 'Reload'. Sistem akan mengemaskini data untuk package manager.

Kemaskini sistem operasi anda dengan baris perintah ini:
sudo apt-get update

sudo apt-get upgrade 
4. Pasang OpenVPN.

Gunakan baris perintah di bawah untuk memasang OpenVPN dalam sistem operasi:
sudo apt-get install openvpn network-manager-openvpn
Tak perlu saya terangkan apa itu OpenVPN. Jika anda adalah pengguna yang tegar, anda akan tahu apakah kegunaannya dan apakah faedahnya kepada diri anda.


5. Pasang Codec

Inilah salah satu faedahnya apabila kita menghidupkan repo universe dan multiverse. Kita akan dapat memasang codec yang biasanya bersumber tertutup. Tak kisahlah, asalkan dapat memainkan kesemua video dan audio dengan lancar, itu sudah sangat baik.

Gunakan baris perintah di bawah:
sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras
6. Pasangkan Spotify

Saya tak tahu dengan anda, tetapi saya adalah music enthusiast. Maka Spotify adalah wajib. Rugi kalau tidak ada Spotify dalam mana-mana sistem operasi yang anda sedang gunakan.

Gunakan baris-baris perintah berikut, satu demi satu:
sudo apt-key adv --keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 --recv-keys D2C19886

echo deb http://repository.spotify.com stable non-free | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/spotify.list

sudo apt-get update

sudo apt-get install spotify-client
7. Pasangkan Pemain Video SM Player

Apalah guna anda pasangkan semua codec yang best-best tadi tapi tiada pemain video yang terbaik? Pada saya, saya lebih gemarkan SM Player berbanding VLC.

Nah, guna baris perintah berikut:
sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer

sudo apt-get update

sudo apt-get install smplayer
8. Pasangkan Pengurus Fail Arkib
sudo apt-get install unace unrar zip unzip p7zip-full p7zip-rar sharutils rar uudeview mpack arj cabextract file-roller
Rasanya tiada apa yang tertinggal tu. Ok, next.

9. Pasang Tweak Tool

Saya dah kurang berminat dengan Ubuntu Tweak, jadi saya pasang Unity Tweak Tool.
sudo apt-get install unity-tweak-tool
10. Bersihkan sistem dari sampah-sampah
sudo apt-get -y autoremove

sudo apt-get -y autoclean

sudo apt-get -y clean

Selepas siap semua ini, anda sudah boleh 'tweak' sendiri Ubuntu 15.10 mengikut citarasa anda sendiri dan memulakan pembelajaran mengenai Linux dan asas-asasnya.

Pada saya sekembalinya saya kepada Ubuntu adalah kerana cinta saya kepada Linux. Meskipun saya lebih gemar menggunakan Arch Linux, namun Ubuntu menarik saya kembali dek kerana ada aplikasi/perisian yang saya teringin sangat hendak cuba gunakan tiada dalam AUR (dan saya malas nak bikin sendiri).

Apapun apabila anda sudah mahir dengan kesemua ragam-ragam Ubuntu, saya yakin dan pasti sistem operasi lain akan jadi lebih mudah pada mata anda, dan saya sarankan Arch Linux untuk 'tahap pembelajaran Linux' yang seterusnya.


Powered by Blogger.