Apa Itu Deep Packet Inspection? Anti-DPI VPN, Adakah Ia Membantu Dari Apa-Apa Segi?

Apa Itu Deep Packet Inspection, Kenapa Perlu Ambil Tahu

Komputer memungut dan mengumpul informasi yang anda hantar dan terima dalam bentuk 'paket-paket', yang mempunyai label padanya dipanggil sebagai 'header', yang menerangkan siapakah diri mereka, dari mana asalnya dan ke mana arah tuju. Bolehlah diibaratkan sekeping sampul surat yang dihantar kepada pejabat pos untuk dikirimkan pada penerima.

Deep Packet Inspection (DPI)  ialah suatu bentuk proses tapisan paket rangkaian komputer yang memeriksa bahagian-bahagian data pada suatu paket (dan bahkan juga pada header) apabila ia melepasi titik pemeriksaan bagi mencari protokol ketidakpatuhan, virus-virus, spam-spam, pencerobohan, atau mana-mana kriteria yang telah didefinisikan untuk membuat keputusan sama ada sesuatu paket boleh masuk melepasi atau jika ia perlu dihalakan ke destinasi yang berbeza, atau, bagi tujuan mengumpulkan maklumat-maklumat statistik.

Rujukan : Deep packet inspection


Sebenarnya DPI jika digunakan dengan betul, ISP dapat membantu untuk mengurangkan potensi daripada pengguna dijangkiti dengan virus-virus, ataupun mencegah pencerobohan data. Tetapi kebiasaannya ISP menggunakan DPI bagi tujuan sekatan terhadap laman-laman web tertentu.

Sepertimana yang diterangkan, teknologi ini membolehkan ISP atau mana-mana pihak yang berkepentingan memantau setiap 'pergerakan' internet pengguna. Setiap apa yang dilakukan, laman web yang dibuka, video yang ditonton, dan apa jua post-post di Facebook yang telah di-Like (contoh), semua info jatuh ke tangan-tangan mereka yang 'memerhati'. Ia diibaratkan perbuatan pekerja pejabat pos yang membuka terlebih dahulu sampul surat dan melihat isi kandungannya sebelum menghantar ia kepada penerima.

Perkara ini sememangnya akan membimbangkan 'power users' yang amat memetingkan privasi.

Penyelesaian

Menggunakan Anti-DPI VPN adalah satu-satunya jalan yang paling terdekat dan mudah. Sepertimana namanya, Anti-DPI VPN akan dapat memberhentikan data-data anda daripada dipantau, direkod, dan dilog oleh pihak ISP mahupun kerajaan. Mahukah anda kalau anda muat turun video-video dari internet pun ianya direkodkan oleh ISP? Tak selesa bukan?


Enkripsi dari terowong yang dicipta oleh sambungan VPN biasa sama ada TCP atau UDP sebenarnya sudah cukup untuk tujuan tersebut. Cuma dengan Anti-DPI, ianya ibarat anda tambahkan lagi bilangan pengawal keselamatan pada sesebuah operasi di bank-bank. Hmmm.. boleh faham dengan metafora tersebut?

Pada sesetengah keadaan, Anti-DPI mampu membantu meningkatkan kelajuan internet daripada sambungan VPN yang biasa. Ini saya telah pun cuba sendiri yang mana dengan sambungan TCP ataupun UDP, kelajuan muat turun adalah amat mengecewakan (rangkaian apa saya terpaksa rahsiakan). Tetapi dengan Anti-DPI, kelajuan telah meningkat lebih dari yang diharapkan.

Cuma bukan semua rangkaian/ISP adalah serasi dan optimum dengan penggunaan Anti-DPI ini, sebagai contoh Maxis Fibre Internet. Saya pun tak beberapa nak pasti kenapa, tetapi setiap sambungan setakat ini masih belum cukup stabil dan kerap terputus.


Pengesyoran

Setakat ini, servis VPN dengan Anti-DPI yang paling puas hati pernah saya gunakan adalah dari FinchVPN. Kalau anda rajin mencari servis ini, terdapat juga pelbagai lagi servis dengan pelbagai nama, tetapi setakat ini FinchVPN amat stabil dan boleh 'diharap'. Harga langganan juga adalah amat mampu untuk dibayar dan pakej yang ditawarkan adalah pelbagai sesuai dengan kemampuan individu tertentu.

Servis VPN DelanVPN juga dikhabarkan oleh pembangunnya akan mempunyai Anti-DPI. Tetapi buat masa ini dek kerana kekangan masa dan modal, DelanVPN masih belum dapat dilancarkan, jadi bersabarlah semua ya.

Apapun saya harap artikel kali ini mampu membuka mata anda terhadap suatu perkara baru dalam hidup anda mengenai rangkaian internet. Kita akan bersua lagi di artikel lain dengan topik-topik yang lebih menarik dan lebih berat lagi.


Powered by Blogger.