Cara Menaiktaraf Kepada Ubuntu 15.10

Tak sia-sia saya menanti tarikh keramat 22hb Oktober 2015 ini. Ini ialah tarikh di mana bangsa-bangsa Serigala Jadian Wily telah pun muncul ke dunia dan akan menakluk segenap jagat raya. Walaupun Ubuntu versi selain dari LTS hanya akan disokong selama 9 bulan, tetapi apalah salah kiranya kita naik taraf setiap kali versi baru keluar.

Tak guna anda masih menggunakan versi lama, kerana selain penambahbaikan bugs, apa yang penting ialah penampalan untuk sekuriti. Apa-apa hal sekalipun buat salinan sandaran terlebih dahulu.


Ok, jom teruskan.

1. Buka Software Updater. Klik pada Settings.


2. Klik pada tab Other Software. Kemudian nyahtanda (untick) pada semua kotak yang bertanda.


3. Klik pada tab 'Updates', pastikan pilihan akhir iaitu 'Notify me of a new Ubuntu version' diset kepada 'For any new version'. Tutup (Close) Software Updater. Buka semula Software Updater dan klik pada butang 'Upgrade'. Selesai!


Menaiktaraf Dari Versi LTS

Untuk anda yang menggunakan versi Long Term Support (LTS), anda mungkin tidak boleh naiktaraf Ubuntu melalui cara biasa. Anda perlu gunakan baris perintah.

1. Pasangkan Core Update-Manager
sudo apt-get install update-manager-core
2. Gunakan baris perintah berikut untuk membuka fail yang mengawal versi rilisan:
sudo gedit /etc/update-manager/release-upgrades
3. Pada bahagian 'Prompt' tukarkan dari lts kepada normal.
(Jika anda menggunakan Ubuntu versi selain LTS anda bolehlah langkau bahagian ini.
Prompt=normal
4. Gunakan baris perintah ini untuk menaiktaraf:
sudo apt-get update 
sudo do-release-upgrade -d
5. Atau boleh juga gunakan baris perintah ini:
sudo apt-get dist-upgrade -d
Powered by Blogger.