Muat Turun Episod Pertama Supergirl Melalui Aplikasi Movies & TV (Windows 10) Secara Percuma

Anda kenal siapa Melissa Benoist, Calista Flockhart, dan Mehcad Brookes? Saya pun tak beberapa nak kenal, tapi yang pasti saya kenal Melissa Benoist tu (dia je yang tak kenal saya).

Beliau merupakan pelakon untuk drama bersiri Supergirl. Secara teknikalnya Supergirl ni saya rasa kakak kot kepada Superman. Tapi disebabkan 'kapalnya' sampai lambat beberapa tahun bila ia mendarat di bumi, umurnya masih muda dan Clark iaitu Superman dah pun dewasa.


Hehehe. Itu cuma sinopsis la, kalau nak tengok penuh, anda boleh dapatkan Pilot siri ini melalui Microsoft Store secara PERCUMA. Ya, PERCUMA untuk episod Pilot/Pertama. Inilah yang untungnya bila menggunakan Windows 10. Hehe.

Ok la tu. Siapa yang biasa bagi percuma? Macam susah nak jumpa bukan? Huh. Kalau anda nak tonton Season 1 secara penuh pula, bayaran yang dikenakan adalah $29.99 (kira sendiri bila ditukarkan kepada MYR).

Apa yang menarik jika anda telah 'Owned' mana-mana drama atau filem, anda boleh muat turun dan tonton secara offline di lappy atau PC masing-masing. Tersedia dalam versi HD dan SD, serta ada sarikata. Hmmm, menarik ni!

Muat Turun : Supergirl (Pilot)


Powered by Blogger.