[REVIEW] WonderFox Halloween Giveaway

Trick or Treat ?! Pejam celik, pejam celik, dah Halloween dah. Dengan bertemakan Halloween Giveaway 2015 ini, pihak WonderFox dengan berbesar hati melepaskan perisian full version secara percuma. Dua produk terulungnya tersebut ialah WonderFox DVD Video Converter dan WonderFox Video Watermark yang sangat berguna buat para editor yang baru berkecimpung dalam dunia rakaman video dan penyuntingan video. Tak mahu berleter panjang, mari kita kaji dan siasat lebih lanjut mengenai produk ini. 

WonderFox DVD Video Converter ini dirilis sehingga tarikh 8 November 2015 secara percuma dan full version kepada para pengguna yang setia dengan produk WonderFox. Apa yang istimewanya perisian ini daripada perisian converter yang lain ? Meh kita tengok.


1. Ia membenarkan anda untuk rip kandungan DVD tersebut keluar daripadanya dan membolehkan anda untuk compress content DVD kepada digital video tanpa pengurangan dari segi kualiti! Hebat kan ?


2. Salah satu faktor yang menjadi tumpuan ramai pengguna sekarang ialah sokongan untuk memuat turun video dari mana mana laman sesawang dengan hanya meletakkan link video tersebut untuk dimuat turun terus ke PC anda. Hehehehe. Gunakan sebaik mungkin ye :v kefkef

3. Buat mereka yang meminati dunia penyuntingan video amatur, perisian ini membolehkan anda menyunting video mengikut kehendak anda,

4. Ringtone Studio, ia membolehkan anda untuk mereka nada dering telefon anda, yang menyokong dua platform yang terkenal di serata dunia iaitu iOS dan Android yang membolehkan anda membuat nada dering milik anda pada kualiti yang paling mantap.


Waw! Hebat bukan??! Tanpa membuang masa kita yang sedia terbuang, hehe, mari kita berganjak ke perisian kedua pula iaitu WonderFox Video Watermark. Apa sebenarnya fungsi perisian ulung oleh WonderFox ini ? Meh meh kita tengok sama sama.


1.  Perisian ini mampu menjaga video anda daripada diplagiat oleh mana mana pihak yang tidak bertanggungjawab dengan meletakkan watermark anda, tak kisah sama ada teks, gambar ataupun sebarang bentuk.

2. Membolehkan anda menyunting video anda untuk meletakkan sarikata pada waktu tertentu yang dikehendaki, justeru membolehkan anda menyunting drama pendek anda sendiri dan meletakkan sarikata anda sendiri ! 'Like a pro'
gitu. :v

3. Nak muat naik kat laman sosial tapi bermasalah dengan format ? Kini anda tidak perlu risau lagi sebab anda boleh convert ke mana mana format yang popular di laman sosial. Siap convert, terus muat naik je. Mudah kan ?

4. Yang ohsem nya ialah kita juga boleh meletakkan watermark kita menggunakan batch editing tanpa perlu sunting satu per satu, dengan mudah mampu menyunting beberapa video dalam satu masa. Jimat masa, jimat tenaga. Kikikiki 


Biarpun kedua dua perisian tidak disokong untuk di naik taraf ke versi yang seterusnya, tapi, percuma kot, takkan tengok je ? Ahahahaha. Kedua dua perisian boleh dimuat turun dengan hanya klik pautan di bawah. Selamat men-download!

WonderFox DVD Video Converter Halloween Giveaway
WonderFox Video Watermark Halloween Giveaway



Powered by Blogger.