[ Tinjauan ] OnePlus 2, Berbaloikah Beli? Flagship Killer?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam OMG! Hackers?
Kali ini tinjauan saya mengenai OnePlus 2 atau OnePlus Two.
Syarikat OnePlus telah memasarkan produk mereka yang kedua, iaitu OP2/OPT (saya guna OP2 lebih senang)

Saya ceritakan sedikit latar belakang mengenai OnePlus.

Apa itu OnePlus? OnePlus ni merupakan salah satu syarikat telefon pintar China yang diketuai oleh Pete Lau dan Carl Pei.
Siapakah dua orang tersebut? Mereka merupakan VP syarikat telefon pintar yang terkenal, iaitu OPPO.

Senarai produk yang dikeluarkan oleh 1+



  • OnePlus One
  • OnePlus Two
  • OnePlus X 
  • OnePlus Mini
  • OnePlus Power Bank

Masa untuk ceritakan OnePlus 2. Disini saya cerita sedikit spec phone ini.


Info Secara Am

  • Warna : Sandstone Black (Anda boleh tukar dengan StyleSwap Cover, rujuk StyleSwap Cover)
  • Ukuran 151.8 x 74.9 x 9.85 mm
  • Berat : 175g
  • Operation System (OS) : OxygenOS v2.0.1 (latest version v2.1.1) 5.1 Lollipop
  • CPU : 2nd generation 64-bit Qualcomm© Snapdragon™ 810 processor with 1.8GHz, Octa-core CPU
  • GPU : Adreno™ 430
  • RAM 4GB (64GB)/3GB (16GB) LPDDR4
  • Storage : 64GB (4GB)/16GB (3GB) eMMC v5.0 
  • SensorFingerprint, Accelerometer, Gyroscope, Proximity and Ambient Light
  • Bateri : 3,300 mAh, LiPo battery.
Info Penghubungan
  • Rangkaian GSM: 850, 900, 1800, 1900MHz, WCDMA: Bands 1/2/5/8, FDD-LTE: Bands 1/3/5/7/8/20, dan TDD-LTE: Bands 38/40/41
  • WifiDual-band Wi-Fi: 2.4GHz 802.11b/g/n and 5GHz 802.11a/n/ac
  • Bluetooth : 4.1
  • PositioningInternal GPS antenna + GLONASS, Digital Compass.
Audio dan Paparan
  • Speaker : Speaker bawah (Satu saja bunyi, mungkin satu lagi mic macam iPhone :3)
  • Microphones : Dual mic dengan Noise Cancellation
  • Saiz paparan : 5.5 inci
  • Resolution1080p Full HD (1920 x 1080 pixels), 401 PPI. Jenis screen LCD in-cell.
Kamera dan Lain-lain.
  • Sensor : 13MP, dengan 1.3um pixel, dan f/2.0 aperture.
  • Lenses : 6 lenses untuk halang distortion dan color aberration. Terdapat OIS (Optical Image Stabilization) dan Laser Focus.
  • Flash : Dual-LED
  • Kamera depan : 5MP, distortion free.
  • Video : Support 4K video, dan Slow Motion, 720p video / 120fs.
  • Port : Data dan Cas, USB Type-C dan 3.5mm jack Audio.
  • Button : Power button dan volume serta Alert Slider
  • Sim : Dual sim, kedua-duanya Nano-sim.
  • Indicators : 1 LED notification light, support multicolor :D
Itu sahaja spesifikasi, boleh rujuk website OnePlus ataupun sumber2 lain seperti GSM Arena atau macam2 lagi. :D

Macam mana nak dapatkan OnePlus 2 ini?
OnePlus ni pakai sistem Invite, dimana anda kena sign up dan tunggu invite code sampai, melalui email anda. Sign up > Sini
Saya pernah dapat invite, untuk model OnePlus 1, tetapi sayang sekali kerana tak reti beli untuk luar negara. :(
Untuk model OnePlus, terima kasih kepada Brightstar Distribution Snd. Bhd. dan Maxis kerana bawak masuk OnePlus 2 :)

Mengenai harga, masa saya beli dekat Maxis, harganya RM1,788.20 termasuk GST. (terima kasih GST)
Jika anda ada Invite Code, boleh beli phone tanpa plan Maxis.
Jika mahu beli tanpa invite, boleh rujuk 1Gadget dan Direct-D tetapi kedua2 kedai tersebut jual China Set (kalau tak silap saya, Seven Mobile ada jual Asia Set)

Tiada masalah jika OP2 tersebut China set ataupun Asia set. Yang bezakan antara model2 tersebut ialah Network Band. :D
OnePlus 2 terdapat 3 set. A2001 merupakan China Set. A2003 merupakan Eropah dan Asia Set dan yang ke-3 ialah A2005 iaitu US Set.

Dalam tinjauan ini, saya akan menyentuh isu bateri,, performance, kamera, speaker, dan OS.
Mari lihat, apa dia la OnePlus 2 ni serta sedikit perbandingan dengan OnePlus 1.

Bateri OnePlus 2
klik untuk lebih jelas

Bateri OP2 ni seperti saya tulis diatas, 3,300 mAh, ya ada peningkatan dari segi bateri sebab OnePlus 1 3,100 mAh. Bateri OP1 dan OP2 built in, tak boleh buka melainkan anda kena buka casing dia untuk keluarkan bateri. Hahaha.
Mengenai jangka hayat bateri OP2, boleh tahan hingga ke malam. Berbeza dengan iPhone 5S, saya kena standby power bank takut2 dia mati. OP1 juga sama tahan, tapi elok saya habis kerja, dia pun habis. hahaha.

Ketahanan bateri ni bergantung pada kegunaan kita dan Kernel (bagi phone yang boleh tukar Kernel). Sedikit tips untuk nak jimat bateri, sila tutup function yang jarang guna. Seperti Connection Wifi/Data (kalau guna Data atau sebaliknya), NFC, GPS (tapi bahaya pulak kalau phone hilang :3), kecerahan screen tu kurangkan sikit, dan lain2 hehehe.

Performance OnePlus 2.

klik untuk lebih jelas

Performance OnePlus 2 ni bagus juga kerana ia menggunakan processor terkini, 2nd Generation 64-bit Qualcomm© Snapdragon™ 810 processor. RAM pulak 4GB dan GPU Adreno™ 430. Jika tengok spec, memang power. Adakah hanya indah dari khabar?

Saya cuba main game Clumsy Ninja. Permainan tersebut merupakan pertama sekali dilancarkan pada iOS sahaja. Kemudian, mereka lancarkan untuk Android
Permainan tersebut saya cuba main dekat OP1, ternyata sedikit lagging, ada sikit smooth manakala dekat Xperia Z3, game ni sikit lagging tapi smooth. OP2? Ya game ni smooth seolah2 seperti main dekat iOS :D

Isu panas? Dikatakan Snapdragon 810 mengatasi isu tersebut. Tetapi masih ada juga isu overheating ini lalu mereka mengeluarkan generasi ke-2 untuk baiki masalah tersebut.
Bagi telefon yang menggunakan generasi pertama processor Snapdragon 810, akan dapat software update untuk mengawal processor. Sekiranya ia hampir sampai suhu panas, ia akan berhenti (bukan phone anda tutup macam laptop overheating, dia perlahankan processor tu, rasanya la :3)
OP2? Yes tetap ada isu panas tersebut, mungkin perlukan software update. huhuhu

Kamera OnePlus 2.
klik untuk lebih jelas

Seperti saya tulis diatas, kamera belakang OP2 ialah 13MP manakala kamera depan, 5MP.
Kamera belakang OP2 ada OIS. Apa itu OIS? OIS ialah Optical Image Stabilization (yang mana terdapat pada iPhone 6 Plus dan 6S Plus) dan Laser Focus.
Kamera OP2 terbaik juga, kerana terdapat manual setting seakan2 DSLR. :3.
Saya ada ambil gambar sebagai contoh, tetapi lupa nak tulis yang mana HDR, Clear Images dan biasa. hahaha. Biasa la pelupa sikit -_-

Ini contoh mode camera yang terdapat dalam OP2.

klik untuk lebih jelas

Terdapat 6 mode dalam aplikasi kamera OP2 iaitu Time-lapse, Slow motion, Photo, Video, Manual dan Panorama.
Eh macam pernah lihat mode ni, kecuali Manual. Ya, kamera iPhone. Aduh rindu pulak dengan 5S :(
Slow motion OP2 dalam kualiti 720p dan 120f/s manakala kualiti Video pulak 720p, 1080p dan 4K
Mode Photo terdapat 3 pilihan, iaitu Clear Image, HDR dan Beauty. Beauty? -_-

Manual pulak terdapat 4 pilihan yang mana boleh anda edit. Iaitu ISO, Brightness, Shutter Speed dan Focus.
ISO OP2 support sehingga 1600 manakala Shutter Speed pulak support sehingga 1/8000.
Saya rasa ROM HydrogenOS punya aplikasi kamera lebih baik daripada OxygenOS.
OxygenOS punya aplikasi kamera dia sedikit lembap dan tidak selaju HydrogenOS. Hmm.

Dibawah ni sedikit gambar menggunakan kamera OP2, ROM HydrogenOS.

klik untuk lebih jelas

Seperti saya bagitau awal2 tadi, saya lupa nak edit yang mana satu Normal, Clear Image dan HDR. Maka anda tengok dan komen dibawah yang mana satu. :(
So far bagi saya kualiti gambar cantik tapi yang saya pelik, saiz gambar ni tak berat mana pun. Berbanding dengan OP1 (OP1 pakai Snapdragon Camera) punya la besar saiz gambar. Huhuhu.
Macam mana gambar dia? Ok tak? Tapi masa gambar ni diambil, OP2 ROM HydrogenOS. Huhuhu.

Ini contoh gambar dari laman web OnePlus. Boleh buat wallpaper nih :P
klik untuk lebih jelas


klik untuk lebih jelas


Ini lak contoh video Slow Motion
video
klik untuk mainkan video

Maaf tiada objek lain yang bergerak, bantai bendera ni. Huhuhu.
Lokasi saya ambil gambar sekitar Menara Condong, Teluk Intan, Perak.
Kualiti 720p, dan 120f/s. Tetapi tidak sebaik iOS dimana anda boleh edit kat mana nak slow motion tu. 

Ini pulak contoh Time-lapse.
video
klik untuk mainkan video

Maaf jika angle saya ambil tidak kena. Sebenarnya saya tak biasa ambil gambar sorang2, kalau ada teman, kurang sikit segan tu. Tambah2 ketika ini ramai orang, segan la sikit. Al maklum la, saya ni pemalu sikit. Hahaha.

Speaker OnePlus 2
klik untuk lebih jelas. Pinjam gambar ya :P

Speaker OP2 ni agak mengecewakan. Kenapa? Sebab sebelah ja bunyi. Hahaha.
Tak macam speaker OP1, dua2 bunyi. Bersangka baik, mungkin seperti iPhone yang mana kiri tu mic, kanan tu loudspeaker. -_-.
Speaker OP2 ni sebenarnya merdu jika buka volume perlahan. Jika kuat ada bunyi bingit sedikit tetapi terima kasih kepada Audio Tuner menjadikan speaker lebih sedap. Belum pasang ViPER4Android sudah sedap, kalau pasang V4A tu meletup speaker tu. Huhuhu.

Operation Sistem OnePlus 2
pinjam gambar ya? hahaha

Secara official, dua ROM yang terbaik, dan semua function OnePlus 2 berfungsi ialah OxygenOS dan Hydrogen OS.
Untuk maklumat anda, Jika anda pakai China Set (A2001), maka OP2 memang siap2 ROM HydrogenOS. Jika anda pakai Europe / Asia Set (A2003) dan US Set (A2005), maka OP2 siap2 ROM OxygenOS.

Bagi saya, kedua2 ROM tersebut adalah terbaik. Ini perbezaan kedua2 ROM tersebut.

HydrogenOS
  • Shuttle button, snap lagi laju dan aplikasi kamera lagi baik dari OxygenOS
  • Smooth dari OxygenOS
  • Base on 5.1.1 Lollipop
  • Manfaatkan 100% function OP2 daripada OxygenOS
  • Quick setting dan Notification hampir serupa dengan iOS
  • Terdapat mode lock button (tak silap la. huhuhu lupa dah) dimana anda boleh lock button tersebut, dan main game, tengok movie atau apa2 saja dengan tenang. Bila anda pasang mode tu, maka button home, back or recent app tidak dapat tekan. Bagus kan?
  • Audio Tuner dia, memang awesome gila. Kalah OxygenOS. Equalizer dia jika tanpa headphone memang tak function tapi speaker memang dah kuat tanpa Equalizer. Bila cucuk headphone, kalah ViPER4Android dan Audio Tuner OxygenOS. Serius sedap, kuat dan merdu :D
  • Tapi lama2 pakai sedikit lagging
  • Launcher seakan2 iOS, tiada widget dan berterabur. Anda kena susun sendiri, dan support folder. Nasib baik ada folder. Hahaha.
  • Battery life? Not bad sama macam OxygenOS.
  • Alert Slider lawa, ada animation. hohoho
  • Fingerprint response cepat. :D
OxygenOS
  • Shuttle button, snap slow sedikit daripada HydrogenOS, dan aplikasi kamera dia slow sikit.
  • Base on 5.1.1 Lollipop
  • Manfaatkan function OP2, tapi ada kekurangan sedikit.
  • Dark Mode, function ni tiada dalam HydrogenOS. Gelap, lawa :D
  • Audio Tuner, Equalizer dia berfungsi loudspeaker dan headphone. Sedap, merdu dan kuat jugak :D
  • UI dia seakan2 CM12.1 hehehe
  • Launcher pun sama, seem like Trebuchet, CyanogenMod.
  • Battery life? Not bad. Tapi rata2 orang kata OxygenOS kill this beast ==".
  • Fingerprint sedikit lambat response.
OP2 juga support ROM lain seperti CM12.1 dan AOSP ROM. Paling gembira sekali, OP2 tersenarai telefon yang bakal menerima update 6.0 Marshmallow :)
OnePlus 2 ni merupakan telefon yang power, tetapi kerana software dia yang kelaut membuatkan OP2 ni phone biasa2 saja. Serius, OxygenOS perlu banyak peningkatan dan kamera app dia perlu diperbaiki. Power dah kamera OP2 ni. Huhuhu.

Disini saya sertakan kelebihan dan kekurangan OnePlus 2 ni.

Kelebihan
  • RAM 4GB (bagi model 64GB la) dan 2nd Generation 64-bit Snapdragon™ 810 processor with 1.8GHz, Octa-core.
  • Latest USB Type-C
  • Kamera ada OIS dan Laser Focus
  • Battery 3,300 mAh.
  • Fingerprint dan ada Alert Slider.
  • Support latest Android (jika mengikut spec dia la)
  • Pure Android OS.
  • StyleSwap Cover (jika pakai HydrogenOS, anda tukar cover, contoh bamboo maka tema phone anda turut berubah berdasarkan cover apa anda pakai. Gempakkan? HydrogenOS sahaja. OxygenOS? Menangislah ditepi dinding tu -_-)
  • Telefon premium, harga murah (ye ke murah -_-)
Kekurangan
  • Tiada NFC (jika anda jarang guna atau tak pernah guna NFC ni tiada masalah)
  • Tiada Fast Charging (Qualcomm Quick Charge).
  • Tiada Ambient display (fungsi benda ni kalau kita pegang phone screen kita on. OnePlus 1 sahaja ada -_-)
  • OxygenOS, perlu banyak perubahan dan aplikasi kamera juga perlu update.
  • Design tidak macam OP1, OP1 bila tukar cover, satu set tukar :P
  • OP2 lagi berat daripada OP1
Itu pendapat saya. Biasa la lain orang lain pendapat. Bagi saya tiada NFC, Fast Charging tiada masalah. Sebab saya bukan pakai sangat pun NFC. OnePlus 1 ada, Xperia Z3 ada, tak pakai pun sentiasa off. Fast Charging lak, charging time OP2 1 jam setengah lebih. Jadi ok rasanya tanpa fast charging.
Paling saya sedih bila depa buang Ambient Display. Why? Kenapa? Ok dah function tu. huhuhu.

Jadi, setakat ini tinjauan penuh mengenai OnePlus 2. Maaf jika ada salah dan silap sepanjang penulisan saya. Rasa janggal lama tak post :(. Mungkin ini tinjauan penuh, dan ringkas. hahaha
Apa pendapat anda mengenai OnePlus 2? Flagship Killer kah? Ataupun hanya sekadar indah dari khabar rupa?
Sebarang pertanyaan dan pendapat boleh tinggal dekat komen bawah tu.

* Terima kasih kerana sudi baca sampai habis. Rasanya banyak yang merapu -_-. Bagi saya, saya amat puas hati dengan OnePlus 1 dan OnePlus 2. Maaf kebanyakkan gambar terpaksa pinjam dari sumber yang lain :(. 



Never Settle, patut la tak settle2 problem. Hahaha. Gurau2 ja :P
Powered by Blogger.