Akhirnya Terbongkar Agenda 'Pemilik' Baru Laman YTS: Kempen Boikot YTS.ag!

Hei, siapa yang tak suka tonton filem? Siapa yang benci dengan 'pirate movies'? Siapa? Oh ya, dah tentulah mereka-mereka yang buat keuntungan darinya. Sabar, baca dengan tenang dahulu paparan e-mel di bawah ini:


Kita semua sedia maklum pemilik asal laman Yify a.k.a YTS.to telahpun diberi amaran supaya tidak lagi meneruskan kegiatan mereka memuat naik filem-filem terbaru ataupun filem lama. Namun baru-baru ini kita sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran semula laman YTS melalui domain baru iaitu YTS.ag, sebuah laman yang mengambil sepenuhnya template laman YTS.to.

Ramai yang tidak menyedari akan hakikat ini, dan ramai yang berbuat seolah tiada apa yang berlaku dan memuat turun kandungan-kandungan di laman YTS.ag seperti biasa. Tetapi saya tidak tegar melihat perkara ini berlaku, maka saya telah cuba memuat turun juga kandungan di laman tersebut tetapi 'bersembunyi' di sebalik VyprVPN.

Akhirnya agenda pemilik laman YTS.ag telahpun diketahui. Seperti yang anda telah baca pada paparan skrin e-mel yang saya terima, itu ialah lampiran dari e-mel penggantungan akaun VyprVPN Premier yang saya sedang gunakan. Lihat pada paparan skrin di bawah:


Tak guna betul.. -_-

Nasib baik akaun VyprVPN saya masih boleh dikembalikan semula ke status asal dengan syarat saya menyetujui perjanjian bahawa saya tidak akan muat turun lagi kandungan-kandungan yang mempunyai hak cipta. Lalu saya kembali teringat akan perkara ini, iaitu sepanjang saya menggunakan VyprVPN, saya tidak pernah memuat turun kandungan berupa filem-filem melainkan dari YTS.ag!

Sahlah bahawa mereka yang sedang menguruskan laman baru YTS tersebut menggunakan muslihat ini supaya dapat memburu, menangkap, bahkan menyaman anda, anda, atau anda yang suka memuat turun filem-filem dari laman mereka. Berkemungkinan 'orang besar' yang menaja kumpulan tersebut adalah dari industri perfileman juga, tidak mustahil.

Jangan lupa kumpulan yang bertanggungjawab menguruskan laman baru YTS tersebut adalah dari kumpulan yang telah menggodam laman EZTV sehingga menyebabkan laman tersebut ditutup. Mohon anda semua berhati-hati sebelum memuat turun sesuatu dari sesebuah laman! Siasat dahulu!

Mohon juga penulis/Admin TorrentFreak sebarkan perkara ini. Terima kasih. Tak faham bahasa Melayu, guna Google Translate. Keh keh keh.


Powered by Blogger.