Facebook Bakal Membenarkan Google Melakukan Indeks Carian Pada Aplikasinya

Meskipun Google boleh dikatakan bersaing dengan Facebook, khabarnya kini mereka sudahpun membuat satu hubungan atau kerjasama. Ia dikatakan untuk sentiasa memastikan Google kekal relevan kepada pengguna.

Persetujuan antara keduanya bermaksud apabila pengguna melakukan carian melalui aplikasi telefon bimbit pintar, hasil carian tersebut akan memaparkan beberapa kandungan dari aplikasi Facebook termasuklah informasi profail awam.


Senarai tersebut akan terpapar sebagai 'deep links', yang akan membawa pengguna kepada bahagian Facebook yang relevan. Google juga bakal mendapatkan akses kepada kandungan seperti senarai bisnes seperti Groups (Kumpulan), Pages (Halaman), dan Events (Acara).

Walabagaimanapun Google masih lagi tidak dapat memaparkan kandungan yang dikongsikan melalui akaun tertutup atau sesi Facebook peribadi, dan untuk itu pengguna masih perlu mencari melalui enjin carian terbina dalaman aplikasi Facebook itu sendiri.

Apapun, sebagai pengguna akhir, tentunya kerjasama ini akan memberikan sedikit sebanyak manfaat. Sekurang-kurangnya mana-mana halaman yang tampil sebagai penting (dari organisasi tertentu contohnya) akan dapat dipaparkan (akhirnya) pada laman Google.

Sumber : WSJ


Powered by Blogger.