qBittorrent Review : Sebuah Pemuat Turun Torrent Lengkap Tanpa Ciri-Ciri Yang Tidak Diperlukan

Dah banyak aplikasi/perisian pemuat turun Torrent yang telah saya cuba. Boleh dikatakan belum ada satu pun yang memuaskan hati. Terbaru, saya menggunakan Bitlord namun paparan antaramuka penggunanya tidak begitu memuaskan hati. Ia tampak terlalu 'berserabut' dan 'penuh'.

Jadi pencarian terus dilakukan sekali lagi.

Sebelum ini saya suka dengan uTorrent kerana paparan antaramuka yang boleh dikatakan 'bersih' serta mudah digunakan (jika anda 'buang' iklan-iklannya). Kemudian saya sukakan Bitlord dek kerana cirinya yang 'penuh' terutamanya enjin carian terbina dalaman.

Tetapi kedua-duanya masih tidak dapat memenuhi kepuasan hati saya hinggalah saya mencuba qBittorrent.

Apa yang menarik?

Paparan antaramuka pengguna qBittorrent adalah yang paling 'bersih' antara semua klien yang pernah saya cuba. Tiada iklan, tiada sebarang promosi yang menyakitkan mata.


Ia juga mempunyai enjin carian terbina dalaman, sama seperti Bitlord, cuma anda perlu 'pasang' ia sendiri sebelum dapat digunakan. Bagaimana caranya? Tuuu, nampak tak perkataan 'You can get new search engine plugins here". Ok, cari melalui pautan tersebut, dan masukkan pautan enjin carian pilihan anda melalui butang "Install a new one". Siap.


Berikut adalah contoh hasil carian:


Kalau anda pemuat turun Torrent yang tegar, cubalah qBittorrent. Anda tidak akan menyesal. Paparan antaramuka penggunanya seperti Internet Download Manager. Ia adalah paparan yang 'familiar', dan tidak terlalu 'berserabut'. Paparan yang 'bersih' dan senang dilihat boleh membuatkan anda terpaut dengan segera.

Muat turun qBittorrent di sini : qBittorrent Download


Powered by Blogger.