[REVIEW] Watermark-Software Halloween Giveaway

Tudia, giveaway lagi baqhang! Kini pihak Watermark Software pula untuk membuat Halloween giveaway sempena Halloween pada 2015 ini. Dua perisian percuma dengan license key untuk penggunaan secara premium tetapi, disebabkan ianya adalah sebuah giveaway, macam biasalah, korang semestinya tak boleh upgrade ke versi yang seterusnya. Tapi, kisah pulak ? Benda free kot?! Ahahahahahaha! Ok, mari kita menggeledah, apa yang ada dalam kedua dua software nie. Chaiyok!

Mari kita tengok, apa ada dalam perisian Photo Watermark ini ea ? Haaaa haaa jom!



1. Perisian ini mampu memproses 300 gambar dalam 1 minit. Mesti anda macam "Whattttt ?!!! 1 MINUTE????!!! " Ya, 1 minit. Ini bukan cobaan. Ini kebetulan, eh. Ahahahahahaha! Dalam 1 minit tu, korang boleh letak watermark korang kat semua gambar, lantas dapat halang masalah plagiat dari pihak lain tanpa masalah. Mudah kan ?

2. Perisian ini mempunyai efek efek khas untuk watermark dan teks yang korang nak letak. Dengan menggunakan fungsi tersebut, korang boleh letak watermark korang ala ala hipstur di luar sana. :v Kehkeh

3. Sebagai salah satu perisian menyunting gambar, sudah semestinya korang boleh perbaiki gambar korang dengan sedikit fungsi enhancement yang telah ditambah beserta fungsi photo frame yang telah ditambah untuk memudahkan korang untuk letak frame tanpa membeli frame, jimat kot. Ahahahahaha!

4. Dan, perisian ini juga menyokong semua format gambar. Misalnya, jpeg, gif, img dan lain lain. Jadi , tak perlu korang mikir mikir nak convert ke format itu ini, lantas memudahkan kerja korang. Hihi.

Macam best je, macam seronok je. Eh tak payah nak macam macam. Memang seronok pun! Hingat senang ke nak dapat giveaway gini ? Hargai beb! :v Kehkeh. Mari kita lihat perisian kedua pula iaitu Video to Picture Converter.

Apa hebatnya Video to Picture Converter oleh watermark-software.com ini ?



1. Perisian ini mampu untuk convert video korang, kepada beberapa siri gambar. Hehe. Jadi, kalau korang ada video raya dengan kawan korang yang susah ambil gambar sekali, time ini la korang nak guna perisian ni untuk cari diorang. Mana tahu jodoh kan. :v

2. Korang boleh convert video yang korang ada kepada imej GIF dengan kesan kesan khas. Hehe, kalau dimanfaatkan, mesti cun dia punya hasil.

3. Menyokong format video dan imej yang popular macam img,jpeg,gif,mp4 dan lain lain.

4. Perisian ini mempunyai antaramuka yang sangat mesra pengguna. Semua hanya menggunakan klik klik. Generasi klik klik gitu. Ahahahahaha! Bak kata pepatah, semuanya semudah ABC. Ada ke yang lagi mudah dari ABC ? Ahahahahahaha!

Kesimpulannya, dua dua perisian ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Perisian ini sangat sesuai untuk mereka yang baru terjebak dalam dunia fotografi, videografi dan rakaman video amatur. Ia juga memudahkan hasil kerja korang daripada diciplak oleh pihak luar. Macam Akta Hak Cipta Terpelihara pulak! Ahahahahahaha!  Bawah ni disertakan link untuk muat turun dua perisian ini. Tunggu apa lagi! Download!

Photo Watermark Software Giveaway 
Video to Picture Converter Software Giveaway
Powered by Blogger.