YTS.ag Ialah Laman Palsu YTS

Selepas ketiadaan laman Yify/YTS akibat dari beberapa amaran keras dari pihak berkuasa, telahpun muncul beberapa laman palsu yang 'mengakui' mereka adalah laman Yify/YTS yang terbaru. YTS.ag adalah salah satu yang paling 'menyinar' antara kesemuanya.

Walaubagaimanapun, laman tersebut yang mana berhubung/berkaitan/terlibat dengan kumpulan yang pernah melakukan pencerobohan terhadap laman EZTV hingga menyebabkan ia ditutup cuba untuk meyakinkan peminat-peminat tegar Yify bahawa ia adalah laman YTS yang sebenar.

Mereka telah menyalahgunakan nama salah seorang dari ahli YTS dalam cubaan meyakinkan orang ramai bahawa YTS telahpun kembali. Lihat pada paparan skrin berikut:


Ahli kumpulan YTS.ag juga telah cuba untuk bekerjasama dengan beberapa laman Torrent yang terkenal, meminta mereka memberikan kebenaran untuk memuat naik rilisan video-video mereka ke laman tersebut.

Ahli kumpulan YTS.ag telah mengeluarkan kenyataan melalui e-mel bahawa mereka bukan dari ahli asal YTS, namun mereka ingin menyambung legasi yang telah ditinggalkan.

Antara laman yang telah dihubungi (yang diketahui setakat ini) ialah RARBG, ExtraTorrent, dan KickassTorrents.

Namun menurut TorrentFreak, boleh dikatakan kesemua laman yang dihubungi telah menolak permintaan YTS.ag secara mentah-mentah dengan alasan ianya adalah perbuatan tidak bermoral.

Buat waktu ini beribu-ribu pengguna telah memuat turun rilisan YTS.ag bagaikan tiada apa perkara buruk yang telah berlaku kepada ahli kumpulan lama. Namun untuk sementara waktu ini saya sarankan kita tunggu dan lihat dahulu. Bimbang ianya adalah suatu jenayah terancang, meskipun setakat percubaan saya sendiri melihat tiada apa yang luar dari kebiasaan pun pada fail yang telah dimuat turun.

Dalam folder tetap ada fail video, dan juga fail gambar 'trademark' kumpulan YTS.


Sumber : TorrentFreak


Powered by Blogger.