Artifak Purba Menyerupai Telefon Bimbit Ditemui Di Austria

Dunia ini penuh dengan penemuan sensasi dan misteri. Kadang-kadang kita terlupa untuk berhenti dan berfikir sejenak apakah lagi dari jenis-jenis perkara atau benda yang kita belum pernah temui lagi seumur hidup dek kerana terlampau sibuk dengan urusan dunia.

Namun, terbaru menurut sebuah laporan, semasa penggalian arkeologi sedang dijalankan di Fuschl am See, Austria, para pengkaji dikatakan telah menemui sebuah artifak misteri dari abad ke 13, dengan tulisan Cuneiform (sejenis tulisan purba) yang mana bentuknya seakan telefon pintar (macam Nokia 3310 bentuknya tu).


Jenis tulisan ini biasanya dijumpai dalam zaman moden Iran dan/atau Iraq. Apa yang peranti seperti ini sedang 'digunakan oleh siapa untuk tujuan apa' di Austria masih lagi samar-samar dan tidak dapat difahami serta diperjelaskan buat masa ini dek kerana maklumat mengenainya yang amat terhad.

Terdapat dua perkara yang menimbulkan kemusykilan. Pertama, apa-apa penemuan yang menggunakan tulisan purba Cuneiform di Austria adalah suatu penemuan yang luar biasa kerana jarak yang besar memisahkan antara Austria dan Mesopotamia purba. Jadi ia menjadi tanda tanya bagaimana peranti tersebut boleh berada di Eropah. Ada yang membuat teori bahawa artifak misteri ini telah dibeli pada masa lalu di pasaran Mesopotamia kuno yang jauh jaraknya itu dan kemudian dipindahkan ke zaman moden Austria.

Kedua, dan bahagian paling misteri pada penemuan itu pada hakikatnya bahawa objek tersebut menyerupai telefon bimbit moden. Anda dengan jelas boleh mengatakan 9 kekunci di bahagian bawah artifak tersebut seakan-akan kekunci pada telefon bimbit pintar.

Setakat ini, masih belum ada kajian menyeluruh secara ilmiah terhadap peranti tersebut. Sama ada ianya benar atau palsu, kita hanya dapat menunggu kajian seterusnya yang akan dijalankan (sekiranya ada). Apapun, dunia sememangnya masih belum habis diterokai. Apa yang kita lihat hari ini belum tentu lagi menjamin sebuah 'kebenaran'.

Artikel terjemahan sebahagian dari laman : Ancient Code


Powered by Blogger.