Lynk.my, From Malaysian to Malaysian

Macam hari hari biasa, Abu akan singgah sebentar di Warung VPN yang terletak berdekatan dengan sawah padi miliknya. Pada kebiasaan harinya, dia akan lepak kat situ guna wifi si Delan, pemilik Warung VPN untuk nak tengok apa budak-budak sekarang update kat facebook, blog dan lain lain untuk trik trik internet percuma, yelah, Abu ni, orangnya kaya, pakai Lambongbini, henpon SNSV 8GB RAM, laptop pun SNSV 24GB RAM, GTX960M berserta dengan Intel i7 Skylake duh, tapi, semua benda tu dia sanggup beli, tenet je dia nak free. Hari ni, dia tengok, ada sorang kawan baik dia, Ahmad. Selalunya, Ahmad akan lepak kat kedai Delan ni dengan hati yang gumbira, acah acah kira duit bawah meja, tapi, lain benar muka Mad ni hari ini.

Abu
Assalamualaikum. Hoi mad, pasepa muka hang macam ikan masin hari ni ? monyok semacam ja ?

Ahmad
Waalaikummusalam. Hurm…. Aku… Aku…

Abu
Sat , sebelum hang bagitau, aku order ayaq dulu. Dahaga baq hang. Delannn!! Kopi susu suam kuku dua cawan!

Delan
Siappp!

Abu
Nahh, tak buat lagi dah siap. ._. Haaa, Mad, you may continue. Tedia English aku keluaq dah.

Ahmad
Hang tau kan, aku baru buat bisnes dua bulan lepaih ? Baru baru ni..

Abu
*mencelah* Haaa! Aku dah habaq hang! Natang tu tak halal. Ada khinzir dalam tu. ._. Mad mad. Haih.

Ahmad
Kepala hotak hang aku tak habih cakap lagi dah mencelah. Ciskek. ._. Tak pun, benda tu halal. Tapi, baru baru ni, owner syarikat tu lari. Duh. Habis aku kena bayaq duit downline aku. Hurm.

Abu
Mad, Mad, berapa kali dah hang kena tipu dengan skim kaya tak kaya kaya ni ?

Delan
Kopi susu suam kuku, bang.

Abu
Masih Delan. Alang alang hujung taun nie, hang pi la tukaq pakej wifi kedai hang ni. 1mbps takleh hidup baq hang. Alang alang upgrade ke 4mbps teruih la. Hujung tahun nie pakej dia baru RM88 untuk promosi.

Delan
Wuuu itu macam ka. Toce toce bang. Nanti saya pi usha. * beredar *

Ahmad
Hm, aku taktau lah Bu. Aku…

Abu
*mencelah* Tedia la hang. Aku dah habaq hang mula mula dulu. Dari lepas SPM lagi, aku ajak hang meniaga ayaq tebu Pak Man kat tepi jalan tu, hang taknak. Hang duk pi join PlanktonSains , Skim Print Dapat Duit, TelefonSatuDunia apa semua. Aku ajak hang meniaga, hang takmau. Kan dah kena sontot, fikir sendiri laaa.

Ahmad
Ya lah Bu, benda dah jadi kan. Sigh. Tengah pikiaq pasai hutang hutang downline aku ni. Hurm *mengeluh*

Abu
Haaaaa Mad, hang dulu lejen buat esei karangan kaw kaw punya masa sekolah dulu kan ? Sampai cikgu cikgu puji hang kat tapak perhimpunan dulu kan ? * cuit pinggang Ahmad*

Ahmad
Aah, hehe. Sikit sikit ja tu.

Abu
Erm, hang minat menulis lagi dak ?

Ahmad
Ada la sikit sikit, duk tulis gak puisi ka pantun ka apa kalau aku bosan. Lepas tu, aku post la kat group puisi kat MukaBuku tu. Hehe.

Abu
Haaaa! Nais. Hang nak bayaq balik hutang hutang downline hang kan ? Nak aku ajaq satu benda ?

Ahmad
Apa ? *mata terbeliak*

Abu
Camni cerita dia, masa aku kat KL dulu, dua tiga bulan lepas kot, ada sorang member aku ni, blogger. Nama dia Araya Putera. Aku ada la tumpang dia punya blog tulis sikit sikit pasal IT. Ya la, macam hang takkenal aku , minat IT dari dulu. Hehe. Blog dia OMG! Hejes? yang aku tumpang tu. Kadang kadang dia suruh buat post reviu pasal software software baru yang company macam WonderFox buat giveaway. Lepas tu, aku ada terbaca, abam Araya post kat blog tu, pasal satu site ni, dia boleh buat duit, tapi tak semudah MLM la. Nak tau tak pasal website tu ? Sekurang kurangnya, dengan site tu, hang boleh bayaq hutang downline downline hang.

Ahmad
Hang dok kencing tikuih apa kat sini ? Macam mana dengan website tu aku boleh bayaq balek duit duit downline aku semua ?

Abu
Sabaq la hang ni, aku haria hang satgi naya ja. Meh aku reviu sikit kat hang macam mana website ni boleh buat duit. Nak  ?

Ahmad
Hurm, boleh gak. Jangan lama lama sangat. Aku nak makan tengah hari ni, bini aku masak dah.

Abu
Tedia sejak kahwin duk ingat bini saja. Kahkah.
Macam ni cerita dia. Website tu nama dia lynk.my. Pelancaran dia masa tahun 2014 lepas. Tapi, dia punya sistem, mesti boleh buat hang tekejut beruk punya. Mula mula, aku sarankan hang buat blog Mad, sebab hang suka menulis kan ? Takkesah la genre apa sekalipun, tapi, ikut minat hang gak. Aku tumpang blog orang ja mampu, tak mampu nak buat blog lagi. Hihi. Sebelum tu, meh aku cerita pasal lynk.my ni.





Lynk.my ni merupakan First Malaysian URL shortener atau dalam Bahasa Melayu, dia dipanggil Sistem Pemendek URL Pertama di Malaysia. Yang PERTAMA kayyy. Sistem dia yang unik tu, yang boleh membuatkan, sapa sapa saja dalam kalangan rakyat Malaysia boleh buat duit dengan mudah, tapi, ikut kerajinan jugak. Hehe.

Dengan lynk.my ni, hang boleh buat dua benda dalam satu masa. Hang boleh pilih, sama ada nak jadi publisher, ataupun advertiser. Kebanyakan, buat pengguna baru, disarankan menggunakan akaun publisher untuk berjinak jinak dengan sistem lynk.my ni. Meh aku tunjuk kat hang sikit nak bagi hang paham pasai lynk.my . Pinjam laptop boleh tak ?

Ahmad
Haaa, amik la. Nanti bagi balek, bini aku marah nanti nak berDoTA takleh. Dah la ada update baru. Habis la quota wifi aku huhu.

Abu
Berehhh, sat ja ni. *bukak laptop Abu* Haa, ce hang tengok ni, dia ada explain pasai lynk.my punya account publisher dan advertiser. Kalau ada tak paham, tanya la. Hehe.





Ahmad
Kiranya, account publisher ni, sesuai untuk orang baru yang macam aku nak start blogging or nak main kongsi kongsi link kat kawan kawan la ? Gitu?

Abu
Haaa! Tepat sekali Mad! Tu dah paham kan ? Akaun advertiser pulak, sesuai untuk orang yang dah start bisnes, dan nak kembangkan bisnes depa kat orang ramai nak bagi kenai. Hang tengok macam Delan tu. Customer Warung VPN dia makin banyak kan ? Padahal baru seminggu ja dia buat account advertiser, tapi , bisnes dia dah dikenali ramai. Hehe. Pawer kan ?

Ahmad
Wew, insyaALLAH bu, aku cuba ubah hidup aku. Doakan aku bu. Aku nak bayaq semua hutang downline aku ni. Kesian depa. Huhu.

Abu
InsyaALLAH Mad. Pelan pelan kayuh, insyaALLAH. Eh, haaaa, baru baru ni, aku ada dengaq yang lynk.my ada buat pertandingan review sistem depa, lepas tu ada hadiah hadiah lumayan sebanyak RM4000 yang disediakan. Nak tau tak ?

Ahmad
Gila hang macam tak kenai aku, bab pertandingan ni aku mana pernah tak masuk, semua hadiah aku nak rodok punya. Hehe. Sat, RM4000 ? *bepeluh*

Abu
Haaa, gini cerita dia. Hang kena tulis satu review tentang contest yang lynk..my ni buat. Contest dia senang ja, hang kena review system lynk.my, dan tulis pasal hadiah hadiah yang depa bagi. Dia ada tiga kategori. TOP SEO, TOP CREATIVE dan TOP lynkUNDI. Ni dia punya senarai hadiah.


TOP lynkUNDI
TOP SEO
TOP CREATIVE

Tempat Pertama - RM500

Tempat Kedua - RM300

Tempat Ketiga - RM100


Tempat Pertama - RM500

Tempat Kedua - RM300

Tempat Ketiga - RM100


Tempat Pertama - RM1000

Tempat Kedua - RM500

Tempat Ketiga - RM200





Kalau hang nak tau Mad, 50 penyertaan yang terawal akan layak mendapat gajet khas dari ikedaikami yang bernilai RM40. Tapi, dah cukup 50 penyertaan Mad. Huhu. Pertandingan ni dibuka bebas kepada semua blogger kat luaq sana. Takkisah la, budak baru ka, otai ka, asalkan memenuhi kriteria yang depa nak, boleh join pertandingan tu. Haaa, ni la iklan pertandingan tu Mad. Selebihnya, hang boleh tengok detail pertandingan dekat link ni Mad. Tapi, hang kena cepat ah. Tarikh tutup dia dah dekat dah tu. 27 Disember 2015 ni tarikh tutup dia.



Ahmad
Waw! Takkisah la dapat ka tak gajet tu, tapi , aku nak cuba! Bukan setakat hadiah lumayan, tapi, aku nak asah balik bakat menulis aku. Berkurun lah jugak tak menulis. Hehe. Tengs Bu tolong introduce kat aku panjang lebaq pasai sistem lynk.my ni. Baru paham. Ada jugak rakyat Malaysia yang buat sistem macam ni en. Tak penah tau pulak aku. Dulu, aku duk main menda merepek repek dengan skim cepat kaya yang tak terlampau kaya sampai ke papa kedana. Bukan apa, aku dulu nak fast money, nak pakai duit la katakan. Bila aku dah capai apa yang aku nak, tiba tiba aku rasa nak lagi. Hm. Aku taktau pulak benda ni boleh jadi sampai macam ni, makan diri aku balik. Terima kasih banyak banyak na bu. Nanti aku cuba tulis review ni secepat mungkin insyaALLAH.

Abu
No hal lah. Haaa. Hang cakap bini hang dah masak kan ? Lupa dia ka ?

Ahmad
Eh, ya lah. Dah lambat. Satgi aku ada reja nak buat ni, nak tolong mak aku kat kedai. Dia bukak kedai nasik ayam pensyen, boleh la tolong sikit sikit. Doakan aku na bu.

Abu
insyaALLAH. Moga hang dapat settle down masalah hang dengan secepat mungkin. Dan moga hang dapat ketenangan dalam hidup lepas tu. Jangan lupa solat sunat dhuha hari hari tau, solat sunat dhuha ni pembuka pintu rezeki. Semoga dipermudahkan segalanya Mad.

Ahmad
Aamiin. insyaALLAH, terima kasih remind aku. Aku balik dulu naa. Delan! Ni berapa semua ni ?

Delan
Ems, RM2 ja bang, letak ja duit atas meja tu. Nanti saya amik sat

Ahmad
Orait. Aku balik dulu naaa bu, Assalamualaikum.

Abu
Waalaikummusalam. Kirim salam kat bini hang na, kata bekas pakwe sekolah menengah dia kirim salam. Kahkahkah

Ahmad
Aikkkk bu, melebih Nampak. Babap hang satgi naya. Ahahahaha.

Abu
Ahahahahaha lek lek



Powered by Blogger.