[Trik] Memperbaiki Paparan Kosong Amazon Underground Anda

Bismillah ir-Rahman ir-Rahim dan salam sejahtera kepada semua.

Ramai yang sebenarnya tidak mengetahui bahawa Amazon sering memberikan penggunanya aplikasi percuma dan sekurang-kurangnya ianya telah berjalan sekian bulan lamanya.

Baru-baru ini (yang tak berapa nak baru sangat), Amazon telah menamatkan promosi Free App of the Day dan memperkenalkan applikasi baru yang berasingan dengan aplikasi biasa Amazon dan diberi nama Amazon Underground.
Applikasi baru dari Amazon ini berharga sekurang-kurangnya USD10,000 dalam pelbagai bentuk aplikasi, permainan bahkan in-app purchases secara percuma (ya, secara percuma dude!).

Ini bermakna, anda tidak lagi perlu menghabiskan sekian-sekian hard-earned money anda untuk permainan yang anda minati (ye ke berhabis duit korang ni? bukan korang kaki muat turun cracked apps ke? XD).

Tanpa berlengah lagi, saya akan terus kepada cara bagaimana untuk mengatasi masalah blank page, masalah utama kita semua yang bukan penduduk Amerika Syarikat.

Apa yang mula mula perlu anda lakukan adalah log masuk ke laman Amazon (rujuk gambar di bawah). Tiada akaun Amazon? Tidak mengapa. Anda boleh mendaftar di sini secara percuma.

Kemudian anda tekan sini untuk deregister peranti anda (bagi siapa yang mempunyai akaun Amazon) dan rujuk gambar di bawah.


Setelah usai berbuat demikian, seterusnya anda ke sini untuk mencipta maklumat baru untuk peranti anda dan pilih United States sebagai negara anda di bawah Country Settings (rujuk gambar).


Selesai? Belum. Anda masih memerlukan maklumat seperti alamat, nombor telefon, dan sebagainya untuk membolehkan anda menggunakan Amazon Underground. Masalah ini boleh diselesaikan dengan ini atau laman yang lainnya (jika anda mempunyai alternatif, atau memilih untuk menggunakan servis fake profile yang anda sukai). Pilih set data yang anda inginkan dan tekan butang generate dan voila! (rujuk gambar lah eh?)



Buka aplikasi Amazon Underground anda dan muat turun sepuasnya.



Sebar luaskan ke teman anda semua dan semoga bermanfaat hendaknya :)
Powered by Blogger.