Beberapa Jenis Perangai Orang Malaysia Dalam Panggung Wayang

Percaya atau tidak, walaupun kita sudah masuk ke tahun 2016, perangai orang kita ni kalau dalam panggung wayang tu tak kiralah dari kaum apa sekalipun, Melayu Cina India Sarawakian Sabahan, semua sama. Berikut saya cuba senaraikan beberapa sikap orang kita dalam panggung wayang:

1. Scroll Facebook, Instagram, tak kira masa

Bang, kakak, adik, masih tak puas lagi ke main Facebook dekat luar sampai dalam panggung wayang pun nak main Facebook lagi? Tu belum kira yang duk belek Instagram lagi. Like sana like sini. Kau tahu tak orang datang ni nak tengok filem, bukan nak berasa terganggu dengan cahaya dari skrin smartphone kau tu?


2. Tukang komen bertauliah

"Ehh pegi la tengok bini kau tu"

"Jangan dekat, dia tu hantu!"

"Tak bagus betul la dia ni, tak kan tak boleh fikir kot yang bini dia tu dah mati"

Dan macam-macam lagi komen lah senang cerita. Pendek kata suara dia aje yang kedengaran. Macam la orang bayar duit tiket wayang tu nak dengar dia ulas filem. Kalau perlahan tak mengapa, ini tidak, satu panggung wayang boleh dengar suara dia.



3. The Spoiler

"Haaa, lepas ni kan, hantu Kak Limah tu dia balik rumah jumpa dengan Awie", kata seorang makcik kepada anaknya.

Wahhh akak, saya datang ni nak tengok wayang tau, tak payah bagi spoiler boleh? Takde siapa pun yang nak dengar akak punya spoiler. Akak tak takut eh kena tendang dengan orang keluar dari wayang?

4. Reaksi terlampau

Arrrggghhhhhhh!!!

Tiba-tiba kedengaran suara jeritan. Bukan sekali, tapi berkali-kali, pada hal scene tu takde lah menakutkan sangat. Tak tahulah apa masalah dia. Nak kan perhatian orang agaknya. Akhir sekali dia keluar dari panggung, barangkali malu agaknya.

5. The ringtone lover

Paling tak boleh tahan tiba-tiba ada telefon bimbit pintar orang yang berbunyi. Ringtone lagu Siam pulak tu. Nak tahu apa yang paling best? Bila mana telefon dia 'hang' dan tak boleh nak tekan 'end call'. Habis jenuh nak matikan bunyi tu, pada hal tekan je volume rocker selesai masalah. Adoi..

6. Masuk lambat, duduk di tengah-tengah

Masuk lambat atau awal itu hak masing-masing. Tapi kadang-kadang kita kena fikirkan orang lain juga. Orang nak duduk dengan selesa. Kalau dah tahu kita ni duduk di barisan tengah, apa salahnya masuk awal. Tak rugi pun kan.


7. Rajin terkucil

Dah lah masuk lambat, duduk di tengah-tengah, ehhh rajin pulak dia pergi ke tandas. Keluar masuk, keluar masuk. Rasa macam nak bubuh bom dalam poket beliau. Biar dia keluar tak masuk-masuk lagi dah. Huh.. (dahsyatnya cadangan).

8. Waktu filem sedang 'senyap', makan popcorn dengan 'bising'

Waktu filem tu sedang banyak lagu latar, ada bunyi-bunyian yang kuat, dia tak usik pun popcorn di tangan. Tapi tiba waktu filem tu tengah 'senyap' sikit, mula la tangan meraba-raba popcorn. Hasilnya bunyi popcorn berlaga tu saja dah mengganggu konsentrasi orang nak menonton. Tahniah.

9. 'Hotel murah'

Maklum saja nak sewa hotel untuk tidur sekejap pun mahal, maka dicarinya filem-filem yang tiada orang nak tonton sangat. Kemudian apa lagi, berdengkur lah dia di situ sampai habis filem ditayangkan. Bang, nak tidur tak berbayar pergi baring di tempat menunggu bas ataupun di taman permainan la.

10. Kaki tak boleh duduk diam

Wow, bang, nak gunakan kaki tu untuk tendang-tendang kerusi depan abang ni, abang pergi masuk gim la. Dekat situ tendang la apa pun, takde siapa nak marah. Bila kita tegur dia marah kita pula. Samseng ke? Tu belum sebut lagi pasal yang goyang kaki macam nak runtuh panggung dibuatnya.

11. Bawa anak, anak meragam

Bawalah anak berapa ramai sekalipun tiada siapa yang nak marah. Tapi kenalah faham, bila anak tu meragam, merengek, menangis, jangan harapkan orang bersimpati pula. Bawalah dia keluar dari panggung. Ini tidak, lagi disuruh anak itu diam sendiri. Kalaulah anak itu ada pakai bateri, saya sendiri boleh tolong cabut keluar.

Haaa, anda boleh tonton video di bawah untuk melihat senario-senario ini.



Powered by Blogger.