Flashmob Silat 2016 @ KL Sogo!

Salam semua.

Sorry lah, saya tak tahu nak update di mana. Blog peribadi tu rasa macam tak menarik pula URL-nya. Hehe.. jadi saya 'bungkuskan' artikel ini di sini. Saja nak tulis santai-santai sementelah esok hari mula bekerja semula, aduhai beratnya mata. Hahah.

Saya sebenarnya dari Melaka pagi tadi, terus menuju ke Kuala Lumpur untuk sebuah event yang telah diadakan sebagai sebuah medium promosi bagi rancangan realiti televisyen iaitu Akademi Silat Pendekar Muda.

Event tersebut ialah Flashmob Silat yang telah dipimpin dan dikendalikan oleh Guru Ruzaidi Abdul Rahman dan juga Jazwan Kahar. Untuk pengetahuan anda, Akademi Silat Pendekar Muda ini akan mula ditayangkan di TV AlHijrah pada awal bulan Mac dan proses uji bakat sudahpun mula dijalankan.


Anda boleh mengikuti perkembangan Akademi Silat Pendekar Muda melalui page Facebook mereka di sini : Akademi Silat Pendekar Muda

Baiklah, jangan lengahkan masa lagi. Sila tonton rakaman Flashmob yang telah saya buat pada paparan di bawah. Maaf, rakaman memang agak 'shaky' dek kerana rakam menggunakan tangan sahaja tanpa tripod, tambahan pula hanya merakam dengan telefon pintar saya (tanpa OIS, isk.. iskkk..). Paling penting saya ingin mohon maaf kepada seorang abang yang saya telah tersiku dahi beliau sewaktu membuat rakaman ini. Huhu.. harapnya dahi beliau sembuh dengan cepat. -_-

Pautan Terus ke Video

Powered by Blogger.