OpenShot 2.0 Beta Akhirnya Dilepaskan!

Setelah 3 tahun pembangunan dijalankan, akhirnya OpenShot versi 2.0 Beta dilepaskan!

Buat sementara waktu ini, pemasang hanya akan diberikan kepada mereka yang mempunyai akses awal (beta tester) manakala untuk pengguna biasa pula boleh mencuba melalui kod sumber.

Terdapat begitu banyak penambahbaikan terutaman dari segi paparan antaramuka pengguna dan juga fungsi-fungsi. Salah satu darinya ialah Context Menu:


Context Menu yang terdiri dari Copy/Paste, Volume (fade in/out), Time, Fade (fast/slow), Animate, Layout, Rotate dan Slice. Selain itu, terdapat satu fungsi baru yang menarik iaitu Split Clip:


Tetingkap tersebut akan membenarkan anda untuk mengambil satu video dan kemudian memisahkan bahagian-bahagian yang menarik untuk anda gunakan dalam klip video anda. Seterusnya ada fungsi 'Add to Timeline':


Kalau anda ingin memasukkan apa-apa media dan menambah kesan visual ke atasnya, kini lebih mudah dengan fungsi ini. Ia boleh dimasukkan di mana-mana posisi video, siap dengan efek transisi.

Banyak lagi perubahan (changelog) yang anda boleh baca dari sumber di sini : OpenShot 2.0 - Beta Released!


Apapun saya amat gembira dengan rilisan kali ini. Saya dah tunggu punya lah lama, boleh kata kerap buka blog OpenShot untuk tahu perkembangan terkini versi 2.0 ini namun hampa kerana pembangun mengambil pendekatan untuk 'senyap' berbanding 'menyapa hello' kepada para peminat perisian ini.

Namun dengan keluarnya artikel ini, saya berharap semoga kita akan dapat menggunakan versi 20 dapat masa yang terdekat!


Powered by Blogger.