Review Filem Munafik (2016) : Perempuan Mengandung Jangan Mengada Pergi Tengok

Ketakutan dalam/pada filem boleh terbahagi kepada 2 (pada saya lah).

1. Jump scares ('Ketakutan' disebabkan terkejut/terperanjat)

2. Real fear (Ketakutan disebabkan suasana/jalan cerita/lakonan)

Sebelum menulis review, saya ingin memberikan dulu 'rating'. Kita buat review ini secara terbalik dek kerana filem ini lain dari yang lain dan boleh tahan bolak baliknya.
Berikut adalah penilaian saya:

Jalan cerita: 9/10
Lakonan: 9/10 untuk Nabila Huda, dan 8/10 untuk yang lain.
Kesan Khas/Solekan: 9/10
Sinematografi: 9/10
Barisan Pelakon: 9/10
Dialog: 8/10
Keseluruhan: 8.8/10


Dari segi keaslian jalan ceritanya, saya memang tiada sebarang 'complaint' atau rasa tidak puas hati terhadapnya. Ini adalah kerana ia boleh dikatakan asli dari pengarahnya, Syamsul Yusof.

Saya tidak dapat hendak ceritakan secara jelas, kerana itu akan memberikan spoiler (tak patut, tak patut. Ish..). Cuma buat permulaan cerita, penonton akan didedahkan dengan pembukaan babak yang mana saya sendiri menyangkakan ianya adalah 'spoiler' untuk akhir filem tersebut. Nyatanya telahan saya salah, dan ianya merupakan babak intro yang dikembangkan dengan baik.

Sebut tentang 'perkembangan', watak dalam filem juga dapat digambarkan dan dikembangkan secara tertatur, dari watak anak kepada Adam (Syamsul Yusof, hero kita), watak bapanya, hinggalah kepada watak-watak yang di'twist'.

Kalau bab kesan-kesan khas, solekan pelakon/props, serta sinematografi, saya memang tiada apa nak cakap lagi. Memang gred AAA, bertaraf filem Asia pecah panggung lainnya. Top notch. Cuma kalau bab audio/kesan bunyi tu mungkin boleh ditambah-seramkan lagi. Saya inginkan lebih keseraman dari segi bunyi. Heheheh. Jangan mara aaa..

Bab dialog, saya sedikit kagum, di mana Syamsul cuba menonjolkan dialog antara Adam dan jin yang merasuk dalam bahasa Arab. Agak unik di situ kerana kalau babak cliche dalam filem lain, meskipun dipanggil 'ustaz', apa yang dibaca adalah entah-apa-apa-entah yang dirapukan. Dalam filem Munafik, Syamsul membaca ayat-ayat Ruqyah Syar'iah dengan jelas dan baik sebutan makhrajnya (aummm, ada macam Pencetus Ummah tak komen ni?).

Bab ini tiada tolak ansur, saya bagi 10/10 kepada Syamsul. Syabas bettei..

Macam yang saya cakap tadi, saya tak boleh nak cerita terlalu terperinci, takut nanti akan mendedahkan spoiler-spoiler babak. Secara total, filem ini memang 'badass'. Jarang ada filem seram Melayu yang saya boleh puji. Tetapi Syamsul berjaya membikin sebuah untuk tontonan kita semua. Kalaulah ada juga sesuatu perkara yang saya boleh 'complaint', ianya tidak lain tidak bukan adalah penggunaan babak 'jump scares' yang banyak.

Pada saya, kalau beliau betul-betul hendak bikin filem seram selepas ini, beliau perlu mempertimbangkan kaedah mengeluarkan ketakutan yang sebenar melalui scene/scenery (babak/pemandangan), acting (lakonan), audio latar/lagu latar, dan lain-lain contoh lagi. Antara filem yang boleh dijadikan rujukan, mungkin sekali A Nightmare On Elm Street (1984), Poltergeist (1982), Clown (2014), Chandramukhi (2005), Anniyan (2005), dan lain sebagainya.

Ahhh, cukuplah saya rasa. Tulis panjang-panjang pun belum tentu Syamsul baca.

Apa yang boleh saya cakap, saya berpuas hati. Terdapat banyak pengajaran yang dapat kita perolehi dari filem ini. Pergilah tonton, cuma pesan saya waktu balik tu, jangan pandang seat belakang kereta anda. Kalau naik motor, terasa berat lain macam, pergi ke tandas buang dulu apa-apa yang patut.

Powered by Blogger.