Unlocator : Lepasi Sekatan Geolokasi Hanya Dengan DNS

Sesetengah orang akan merasakan bahawa tetapan OpenVPN atau SSH Tunnel agak 'overwhelming' bagi mereka. Namun jika inginkan sebuah sambungan kepada rangkaian yang dilindungi (encrypted), tidak dapat tidak VPN/SSH adalah jalan penyelesaiannya.

Apatah lagi jika anda berada dalam rangkaian yang mengalami sekatan (restricted network) seperti, rangkaian pejabat (contohnya laa).

Namun ada sesetengah keadaan, VPN dan SSH adalah tidak perlu. Paling mudah jika anda hendak menonton Hulu, anda boleh saja gunakan IP dari Malaysia. Ada caranya. Apa dia? Kagum? Heheh. Jom kita tengok apa yang boleh dilakukan.


Kita sedia maklum apabila bersambung sahaja kepada rangkaian internet, peranti akan menggunakan alamat IP untuk berhubung. Sebuah servis yang dinamakan sebagai 'Unlocator' boleh menghalakan trafik yang menyekat lokasi geografik anda kepada negara yang diingini contohnya USA. Ini membolehkan anda menggunakan servis mana-mana laman yang anda minati.

Dengan cara ini, anda boleh tampil berada dalam beberapa kawasan pada waktu yang sama.



Kalau nak diikutkan harga yuran bulanannya untuk sebulan agak mahal, namun seperti yang saya katakan tadi walaupun servis ini bukan untuk semua orang, pasti ada yang akan dapat memanfaatkannya.


Unlocator hanyalah servis DNS, ianya tidak sama langsung seperti VPN mahupun SSH yang akan menjadikan rangkaian anda terenkripsi. Ia hanya menghalakan trafik yang bertanggungjawab menyekat geolokasi anda, itu sahaja tugasnya.

Tetapi peranannya agak besar juga, kerana laman-laman seperti Hulu, Netflix (sesetengah negara masih tidak dapat lagi menggunakannya), dan sebagainya lagi merupakan contoh kenapa servis seperti ini diperlukan.

Tetapannya amatlah ringkas, hanya perlu menukar DNS sahaja. Cuma untuk peranti lain seperti Android mungkin agak rumit sedikit namun masih lagi lebih mudah jika hendak dibandingkan dengan VPN/SSH.

Daftar untuk akaun 7 hari percubaan di sini : Unlocator.com


Powered by Blogger.