Nik Collection Oleh Google Kini Boleh Dimuat Turun Secara Percuma Untuk Windows dan OS X



Anda biasa menggunakan Snapseed? Ya, sebelum Snapseed dijenamakan di atas 'jenama' Google, ia berada di bawa syarikat pembangun aplikasi yang bernama Nik Software. Setelah Google membelinya, secara automatik semua yang dibangunkan oleh mereka menjadi milik Google, dengan itu Snapseed pun dijenamakan di bawah Google, begitulah al-kisahnya.

Nik Collection pula adalah sebuah perisian ala Snapseed versi plug-in untuk Windows dan OS X. Dahulunya berharga USD150 (anda kiralah sendiri kalau ditukarkan ke RM), namun kini ianya diberikan secara PERCUMA. Ya, diulangi, PERCUMA.



Saya cakap terus-terang, saya bukan pakar dalam bidang fotografi, tetapi kalau orang dah bagi sebuah perisian berharga USD150 secara percuma, apa lah yang buruk tentangnya? Hahah.. Kalau saya, saya akan muat turun berkali-kali sebagai tanda 'syukur'. Hahahah..

Muat turun ia di sini : Nik Collection


Powered by Blogger.