PP1 : Samsung Galaxy S7 Edge.

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca OMG~ Hejes yang budiman.

Paparan tampak sisi seni bina yang premium,reka bentuk glass-and-metal bodies dan tambahan ciri anti-air ( bukan kalis air , Mana bisa peranti seperti samsung melawan Sony ) dan anti debu. Samsung Galaxy S7 Edge adalah "Flagship killer" pada tahun 2016 , OMG!

Paparan Galaxy S7 Edge:
Pengguna S7 Edge codename hero2lte paparan 2560x1440 Quad HD Super AMOLED display dan kepadatan piksel sebanyak 534~. Skrin dilindungi dengan Corning Gorilla Glass 4 dan skrin tepi melengkung.

Spesifikasi :
hero2lte dikuasai sistem penyejukkan (Cooling system ) dah macam WC atau AIO. Ditambah pula dengan 4GB RAM (LPDDR4 3200) , 2.3GHz Exynos 8890 processor dan Vulkan APi . wow~ dah macam gaming RIG .

Menggunakan Android 6.0(Mashmallow),memori tetap 32GB / 64GB lebih menarik lagi samsung menggunakan hybrid sim tray , Pengguna boleh memilih samada mahu dual sim atau menambah MicroSD sebanyak 200GB storan.

AntaraMuka : 
Seperti biasa ,Kita akan fikir "bloatware" bersepah , tetapi tidak pada S7 Edge, Samsung hanya menggunakan sedikit Aplikasi seperti S health , Galaxy Apps , Microsoft Apps dan Google Apps yang kebiasaan Pengguna selalu guna.Touch Wiz yang telah diberi nafas baru , slide panel membolehkan pengguna akses lebih mudah dan cepat.

Kamera :
12MP ,f/1.7 , auto-focus yang tepat tanpa menekan screen untuk focus kepada gambar , OIS , Night images detection tanpa menggunakan FLASH untuk menangkap gambar dalam keadaan gelap.Terdapat banyak Features yang menarik seperti pro shot , dual camera , manual , auto-face detection dan yang menarik pengguna boleh memuat turun aplikasi add-on kamera dalam Galaxy Apps. Dikatakan juga Dxomark telah mengiktirafkan Galaxy S7 Edge sebagai peranti No.1 dalam kepadatan dan keaslian kamera dengan mengalahkan Samsung S6 Edge ,IP6s dan Sony Z1.

Bateri :
3,600 mAh Li-Ion , Dikatakan Pengguna boleh streaming Movie selama 10 Jam tanpa henti.

Penutup :
Setelah menggunakan S7 Edge dalam beberapa hari (sticker pn tak tanggal lagi) , ia adalah peranti yang "Superb" Malah dikatakan premium , bangsawan dan seperti kita rasa berbaloi beli.Dan mampu pakai 5 tahun mendatang , In syaa Allah.


Pro -Menggunakan sistem penyejukkan yang dapat menahan jangka hayat peranti.
-Bateri yang lebih tahan lama.
-Kurang Bloatware
-Menggunakan Sistem RAM dan SWAP.


Cons-Harga Bangsawan , tidak mampu milik.
-hybrid tray , Pengguna terpaksa memilih samada dual sim mahupun MicroSD


S:Patutkah saya beli S7 Edge ?
J: Jika ada duit , semua boleh beli . Dahulukan keperluan dari kehendak.

S:Boleh Root ?
J:Boleh , tetapi knox tripped , kemungkinan kalau pape terjadi hantar warranty tak boleh claim. Tapi Mengikut dalam forum ,CS tidak check Knox TRipped.

S:Ada berapa warna ?
J:Titanium Silver ,Rose Gold , Black dan White.

S:Berapa harga ?
J:MYR3099 tanpa GST.

S:Vulkan Api itu apa ?
J:Vulkan api tu cross-platform 3D graphics untuk prestasi dalam gaming atau pn edit 360.

S:Sekarang saya menggunakan HP 2GB RAM , patutkah saya upgrade ?
J:Tengok kepada model peranti yang tuan pakai , Seperti saya menggunakan nexus 4 , masih lagi keadaan baik dari segi bersosial dan streaming. Seperti yang saya katakan , jika ada lebih rezeki , boleh la beli untuk jangka masa yang panjang.

S:Kenapa tiada gambar ?
J:Peranti kena pulang dalam masa 24jam , masa mencemburi kita maka tidak sempat nak upload gambar atau nak tangkap gambar. In Syaa Allah ada rezeki nanti beli la.


Terima kasih kerana Membaca.

Wassalam.






Powered by Blogger.