[Tutorial] Muat Turun Fail ISO Windows 7 Dan Windows 8/8.1

Rasanya dah lama saya tidak menggunakan lagi Windows 7. Kali terakhir pun entah bila, tak ingat. Sejak adanya Windows 10, saya jadi pengguna tegar. Namun saya yakin dan pasti di luar sana ada yang masih lagi berharap Windows 7 akan terus kekal dan diberikan sokongan kemaskini sampai bila-bila.

Bab kemaskini itu saya tak dapat nak jamin sampai bila ia akan ada. Cuma kalau bab muat turun fail ISO Windows 7 atau Windows8/8.1, yang itu setakat ini masih boleh dilakukan lagi, malah boleh dimuat turun secara terus dari pautan Microsoft.

Tak ramai yang tahu ada caranya kerana ia 'tersembunyi'. Selepas 'digodek-godek', rupanya pautan tersebut hanyalah 'disembunyikan' dan boleh 'dikeluarkan' semula dengan menggunakan kod-kod tertentu. Begini caranya:

1. Buka laman web Microsoft Tech Bench.

2. Sebaiknya gunakan Google Chrome (sebab saya gunakan pelayar web ini. Heheh..) atau boleh juga gunakan Firefox. Tekan kombinasi kekunci Ctrl + Shift + J untuk Chrome atau Ctrl + Shift + K untuk firefox bagi membukan Developer Tools (console).

3. Buka laman Pastebin dan salin kod. Lihat contoh pada gambar.


4. Tampal semua kod dalam console dan tekan Enter. Anda akan dapat lihat semua pautan yang 'disembunyikan' telah pun 'timbul' semula.


5. Klik pada mana-mana versi ISO yang anda inginkan, pilih bahasa, dan kliklah pada mana-mana satu antara 32-bit atau 64-bit mengikut peranti yang anda gunakan. Selesai!



Sumber : gHacks


Powered by Blogger.