Ubuntu 16.04 Beta 2 Dilepaskan, Versi Unity Juga Turut Sama Boleh Dimuat Turun

Ini adalah versi Ubuntu pertama yang mana versi Unity dilepaskan untuk para pengguna muat turun dan cuba, walhal kalau ikut jadual seperti biasa ia sepatutnya dilepaskan ketika sudah mencapai versi Release Candidate.

Apa perubahan menarik? Oh, ada. Ada.. jangan risau.

Antara perubahan yang bolehlah dikatakan menarik untuk versi Long Term Support atau LTS ini ialah:

1. Unity Launcher akhirnya boleh diubah kedudukan

Ramai yang 'geram' apabila Unity Launcher dijadikan sebagai sebuah 'launcher' atau 'dock' yang kaku, tidak boleh dilakukan ubahsuai kepadanya. bertahun lamanya menanti, akhirnya barulah pada versi kali ini ia boleh diubah kedudukannya, itupun hanya ke bawah, tiada ke kanan apatah lagi ke atas. Heheh..

Namun ciri ini bukan ciri natif, bererti ia harus dibuat (tweak) menggunakan gsettings atau Dconf Editor. Hui hui hui.. sooo geeky. Heheh..


Gambar dari WebUpd8

2. Beberapa aplikasi baru + aplikasi yang digugurkan

Jangan tak tahu, ada 2 aplikasi yang baru dimasukkan dan debut dalam versi 16.04 ini iaitu GNOME Calendar dan GNOME Software.

Calendar



Software Store

Untuk pengetahuan anda, Gnome Software melakukan debut adalah untuk menggantikan Ubuntu Software Center. Yeah, cool, sebab Ubuntu Software Center pada saya lembab, lemau, lembu, dan lain-lain 'lem' lagi.

3. Unity 8.. ahhh maaf. Unity 7.4.

Hmmm.. seperti yang kita tahu, Beta 2 membuatkan 'UI freeze'. Bererti tiada sebarang perubahan pada paparan antaramuka yang akan berlaku di versi seteusnya hinggalah kepada versi akhir nanti.

Jadi, kita boleh enjoy saja dengan apa yang ada iaitu Unity 7.4 dan bukan Unity 8, namun jangan risau. Nanti saya akan tulis bagaimana anda boleh pasang Unity 8 pada Ubuntu 16.04.


Perubahan-perubahan lain adalah seperti Kernel baru iaitu Kernel Linux 4.4.0-15 (buat masa ini), wallpaper baru, Sound Menu yang sedikit ada perubahan, aplikasi utama yang dinaik taraf / dikemas kini dan juga seperti yang saya tulis di atas terdapat aplikasi yang ditambah serta dibuang iaitu:

Aplikasi yang ditambah:

1. GNOME Calendar
2. GNOME Software
3. Cheese

Aplikasi yang dibuang/digugurkan:

1. Brasero
2. Empathy
3. Ubuntu Software Center

Selamat tinggal Ubuntu Software Center, kamu tidak akan dirindui!

Muat turun:

Ambil perhatian, ini adalah versi beta, maka ia belum stabil untuk penggunaan harian. Sebaiknya anda gunakan ia dalam virtual machine supaya tidak mengganggu sistem operasi stabil sedia ada.

Klik pada gambar di bawah untuk muat turun:

Ubuntu 16.04 Beta 2



Powered by Blogger.