Digi Postpaid 80 : Penambahbaikan Kepada Pelan Lama, Kini 10GB Pada Harga RM80 Sebulan

Baru sahaja pelan SmartPlan 75 dilancarkan, keluar pelan baharu iaitu Postpaid 78 yang lebih baik. Tetapi belum sempat pelan tersebut menjadi 'panas', Digi pula sudah 'kepanasan' dan tidak sabar lagi untuk melepaskan pelan terbaru mereka iaitu Digi Postpaid 80.


Apa yang baru dalam pelan Digi Postpaid 80 ini?

Baiklah, setiap bulan bayaran tetap (fixed commitment) ialah RM80 (tidak termasuk GST). Setiap bulan anda akan mendapat kuota internet sebanyak 7GB, manakala tambahan 3GB pula untuk 'kuota hujung minggu'. Tidak dilupakan juga anda boleh bawa ke depan kuota internet yang tidak dipakai sebanyak 2GB.

Antara ciri lainnya adalah sama dengan pelan SmartPlan yang sebelumnya iaitu:

- Panggilan suara tanpa had ke semua rangkaian
- SMS tanpa had ke 3 nombor Digi
- SMS 10 sen, MMS 20 sen
- WhatsApp WeChat tanpa had (tak usik kuota)
-  Akses penuh kepada iflix selama 12 bulan
- Capture - 100GB
- Music Freedom
- Top up data internet dari RM10 untuk 8GB yang sah selama 7 hari

Anda boleh rujuk kepada gambar di bawah.


Rujukan : Digi Postpaid Plans


Powered by Blogger.