Epic War TD 2 Kini Berharga Sepuluh Sen! (RM0.10)

Mr. Hac dah pernah tulis sebuah reviu tentang permainan ini, Epic War TD 2, di mana sebuah setup Tower Defense 'memaksa' pemain untuk merancang dengan sebaiknya terlebih dahulu di mana hendak meletakkan tower yang sesuai kedudukannya, kerana dengan satu kesilapan, semua perancangan dari mula tidak akan menjadi.


Di sinilah terletaknya 'sakit kepala' bermula. Anda tidak boleh 'main letak', dan 'ikut sedap'. Semuanya kena ada tempat yang strategik. Kalau salah, maka kekalahan yang PASTI akan menanti. Serius, kadang-kadang pening kepala dibuatnya, tapi dalam masa yang sama sangat mencabar minda (kesabaran juga).

Ok cukup setakat itu intro, kali ini pembangun membuat promosi, menjadikan serata pelusuk dunia boleh membeli permainan ini dengan harga cuma SEPULUH SEN. Iya, iya, sekupang duit je bro game ni (bahasa pasar sikit).


Ehh serius la bro, aplikasi dah murah sangat dah ni. Anda boleh beli 'like a boss'. Tak tahulah promosi ini akan berakhir bila, tetapi pada saya, secepat mungkin kalau anda ada berdekatan dengan WiFi, belilah sekarang. Rugi kalau tak beli!



Muat turun di sini guysss ---> Epic War TD 2


Powered by Blogger.