U Mobile Memperkenalkan Video Onz - Penstriman Video Tanpa Had Data Dan Masa

Sebelum ini telah berlakunya beberapa penawaran penstriman video tanpa had data dari beberapa telco, dengan terma dan syarat-syarat tertentu, contohnya hanya boleh digunakan pada waktu yang tertentu untuk kuota data tersendiri.

U Mobile juga tidak terkecuali dari hal ini yang mana mereka pernah menawarkan penstriman YouTube dan Tonton secara tanpa had, namun hanya boleh digunakan bermula pada pukul 2 pagi hingga pukul 10 pagi sahaja.


Namun terkini, U Mobile nampaknya telah memperbaharui pelan mereka dan memperkenalkan pula pelan terbaru iaitu U Mobile Video Onz.

Dengan U Mobile Video Onz, para pengguna pelan P70, i98, dan i130 boleh menstrim video dari laman HyppTv, Viu, iflix, YouTube, Youku, Tonton, Astro on the Go, Erosnow, Herotalkies, Pokectimes.my, OnFm, dan juga semestinya YouTube Gaming. Sebelum terlupa, ianya dapat distrim dan dilayari like-a-boss tanpa had data selama 24/7, tidak terhad lagi kepada bukan sahaja data, tetapi juga kepada masa.


Pelan lain juga tidak terkecuali dari menerima penambahbaikan dan pembaharuan kepada Video Onz, sebagai contoh jika anda menggunakan pelan U28, anda akan menerima 3GB setiap bulan, dan tambahan lagi 3GB khas untuk penstriman video, hasil dari 'jasa bakti' pelan Video Onz ini.


Contoh lain jika anda menggunakan pelan prabayar UMI 30, anda akan menerima data tetap 2.5GB sebulan, dan juga tambahan data sebanyak 1.5GB untuk Video Onz. Amacam?


Dah la, cakap banyak tak guna, apa kata anda lihat sendiri pada pautan di sebelah untuk rujukan tambahan : U Mobile Video Onz


Powered by Blogger.