Webe: Telco Yang Bakal Menggegarkan Malaysia Dengan Pelan Data Internet Tanpa Had

Terdapat banyak isu yang saya tak dapat nak cover lately. Maaf, jiwa penulis saya begitu memberontak sekali hendak menulis, namun agak malang setiap kali jari hendak menaip, ada saja unsur hitam yang mengganggu. Maaf sekali lagi, ini kali pertama setelah bertahun bangunkan OMG! Hackers?, saya terpaksa bercerita kepada anda semua tentang keadaan saya sekarang.

Baiklah, kita kembali semula ke tajuk.


Webe? Urghhh, nama yang agak 'hodoh' untuk sebuah nama Telco, namun apa ada pada nama apabila berdasarkan kepada sumber dari Google Search Web Cache (*sebab laman web-nya sudah tidak online buat masa ini), Telco ini bakal menawarkan kepada pengguna di Malaysia akan pelan data internet tanpa had (unlimited, yeah, true unlimited bro) bermula dari RM8 hinggalah ke RM80 sebulan.





Berdasarkan kepada sumber penulisan di Lowyat.net pula, Webe berkemungkinan akan menawarkan pelan 20GB data, 1000 minit masa berbual, 1000 SMS bermula dari RM8 (atau RM10 dari sumber berbeza). Pelan tanpa kontrak ini dikatakan akan ditawarkan kepada pengguna P1 yang membeli telefon pintar bersama dengan pelan.

Pengguna yang memilih untuk tidak membeli telefon akan dicaj RM9 sebulan untuk para pengguna sedia ada P1 dan RM10 untuk pengguna baru. Memang, bunyinya sedikit aneh, namun begitulah sepertimana yang telah terpapar.

Paling 'best' ialah Webe akan menawarkan pelan semua tanpa had pada satu harga. Internet (berkelajuan LTE), masa berbual, SMS, semuanya TANPA HAD dan akan dicaj sebanyak RM80. Woahhh.



Ada yang lebih pelik, anda kena tambah RM10 untuk aktifkan tethering bagi pelan anda itu. Hmmmm.

Mr. Hac : Ahhh, lantaklah apa pun. Saya tak peduli. Apa yang penting, kalau BETUL telco ini akan WUJUD di bumi Malaysia nan tercinta ini, saya akan jadi antara blogger pertama yang menulis review, sambil bodek-bodek kot-kot dapat line percuma. Heheheh..


Powered by Blogger.