10 Kaedah Carian Google Yang Lebih Tepat

Sebenarnya terdapat banyak kaedah atau cara carian Google yang berkesan untuk menemukan pencari dengan apa yang dicari olehnya. Enjin carian Google bekerja melalui kaedah pertanyaan dan ia akan memberikan jawapan sesuai dengan apa yang ditanya atau apa yang diminta oleh di pencari (meskipun bukan semua yang terpapar adalah satu kebenaran.. Oh well, itu kita boleh bahaskan kemudian).

Apa yang kita tanya atau minta, itulah yang akan dijawab atau diberi oleh Google. Ingat itu sahaja. Mungkin pada sesetengah orang terutamanya lelaki, kalau boleh apa yang hendak di-Google biar pendek sependek-pendeknya. Tidak boleh begitu, kerana walaupun tidak semestinya kata kunci paling panjang menghasilkan carian paling tepat atau sebaliknya, tetapi dengan kata kunci yang lebih baik, maka hasil yang ditunjukkan juga adalah lebih 'benar'.

Berikut adalah senarai beberapa lagi Google Dorks yang belum saya catitkan dalam blog ini (rasanya laaa.. Kah kah kah).

1. Cari frasa sepertimana yang diinginkan.

Sebagai contoh : "cara diet tanpa makan nasi"

Dengan menggunakan pembuka dan penutup kata, anda akan mendapatkan hasil carian terhadap apa yang anda 'minta' di dalamnya (frasa tersebut).




2. Mengecualikan sesuatu kata kunci. Contohnya:

Captain America -film




3. Mencari pada domain yang spesifik. Anda boleh manipulasikan dork berikut untuk mendapatkan hasil carian dari domain, katakan, omghackers.com:

site:omghackers.com vpn


4. Jana isi kandungan yang seakan.

Gunakan related: untuk menjana mana-mana isi kandungan yang seakan dengan URL yang anda ada.

related:http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1110775




5. Carian untuk perkataan dalam teks. Gunakan allintext:

Contoh:

allintext: senarai penipu online



6. Carian Multi-Frasa.

Gunakan OR untuk mencari kata kunci berbeza frasa.
Contoh:

diet tanpa nasi OR diet boleh makan nasi



7. Carian untuk perkataan dalam tajuk. Gunakan allintitle:

Contoh:

allintitle: asas task scheduler

Den ajo yang tulih,, Hahaha,, >.<

8. Mencari berita melalui lokasi. Gunakan location:

Contoh:

location: us oil price

9. Carian melalui jenis fail.

Selalunya saya gunakan kaedah ini untuk mencari fail pdf. Well, kadang-kadang terpaksa juga cari e-book 'percuma' sebab versi cetakannya sudah tidak dikeluarkan lagi. Huh.. ok, gunakan filetype:pdf nama fail

Contoh:

filetype:pdf permata yang <--- malas nak sambung tajuknya. Korang fikir sendiri la heh! Hahaha!

10. Buat penukaran unit.

Biasanya saya gunakan untuk tukar unit mata wang dari USD kepada MYR. Biasa la, kira bajet untuk beli aplikasi. Kih kih kih.

Contoh : 1USD to MYR

Senang bukan? Heheh..

Baiklah. Saya akan sambung lagi kaedah carian Google ini di artikel seterusnya. Apa yang saya tuliskan ini anda cuba aplikasikan terlebih dahulu. Tengoklah dalam seminggu dua lagi kalau saya rajin saya sambung. K papai. Chow seen cheee aaaaa! Hahaha!


Powered by Blogger.