[Asas] Task Scheduler Dalam Windows

Dalam Android, kita ada 'Tasker', iaitu sebuah aplikasi yang cuba mengaplikasikan dunia automatik segalanya dalam kehidupan seharian, melalui implementasi terhadap peranti Android. Terdapat berbagai contoh tugas mudah hinggalah versi 'sukar' yang dapat ditonton dan dipelajari di YouTube. Salah satu contoh dah tentulah anda boleh tonton video dari Armando Ferreira.


Windows juga mempunyai 'Tasker', namun dalam versinya yang tersendiri. Hari ini jom kita kenal-kenal dengan Task Scheduler dalam Windows dan apa yang mampu kita buat dengannya. Apa-apa hal kita lancarkan dahulu aplikasi tersebut.


Inilah dia rupa Task Scheduler dalam Windows 10:


Apa yang menarik tentang Task Scheduler? Oh well, kadang-kadang bosan juga buat perkara yang sama setiap hari. Apabila diulang-ulang, maka adalah lebih baik ciptakan satu 'task' atau tugas kepada komputer supaya ia boleh melakukan apa yang ingin kita lakukan itu dengan 'sendirinya' atau 'automatik'.

Untuk tujuan pembelajaran ini, kita mulakan dengan 'Create Basic Task' dahulu:


Kemudian kita berikan nama kepadanya:


Setelah itu kita tentukan pula bila waktunya tugas akan dijalankan, sebagai contoh saya pilih 'Daily':


Saya tentukan pula bila waktu mulanya:


Sesudahnya saya berikan apa tugas yang hendak ia jalankan nanti, iaitu 'Start a program':


Kemudian, untuk contoh kepada tutorial ini, saya pilih menjalankan skrip .bat yang telah saya buat sebelumnya. Berikut adalah contoh perintah:
shutdown.exe -s -c "This PC will self destruct in less than 10 minutes.. Please save your works and leave the PC as soon as possible!! Only if you don't want to die!!!" -f -t 3600
Ianya saya simpan dengan nama 'Auto Shutdown.bat'. Serba sedikit penerangan:
shutdown.exe = program yang hendak kita jalankan, dalam kes ini saya hendak jalankan program untuk matikan PC.
 3600 = saat (tempoh waktu untuk matikan PC)
Dah setel? Ok seterusnya, klik Next - Finish.


Siap sudah satu tugas untuk Task Scheduler jalankan setiap hari. Sebenarnya boleh saja jalankan ia tanpa menggunakan skrip .bat tersebut, cuma saya ingin memberikan anda klu bahawa hanya dengan mempelajari asas ini, jika anda tekun dan rajin mengkaji, menelaah serta bertanya, maka selepas ini anda bukan sahaja akan pandai menjalankan skrip asas tetapi juga skrip yang lebih terkedepan, dan adakalanya membahayakan.

Maksud 'membahayakan' itu adalah dari segi data sulit yang tersimpan dalam cakera keras PC tersebut, atau lain-lain jenis data. Klu lain, anda boleh saja jalankan skrip yang boleh memadamkan mana-mana data dalam PC pada waktu-waktu tertentu, atau boleh juga menjalankan tugas untuk melancarkan apa-apa program yang.... pendek kata membahayakan.

Baiklah. Cukuplah dulu setakat ini. Di lain masa kita cuba tutorial lain pula.


Powered by Blogger.