Cara Menaik Taraf Ubuntu Dari Mana-Mana Versi Kepada Ubuntu 16.04 LTS

Sebenarnya saya dah malas nak tulis artikel ini, disebabkan artikel sama dah lama ditulis di laman-laman lain contohnya OMG! Ubuntu!. Tetapi memandangkan ada permintaan dari kawan-kawan yang berminat hendak menggunakan Ubuntu 16.04 LTS tetapi tidak mahu melakukan 'clean install', maka nak tak nak saya terasa bertanggungjawab untuk menulis juga.

Tambahan pula kebanyakan pembaca blog ini bukan dari golongan tech-savvy (memang itu pun sasaran saya), jadi sedikit-sebanyak saya juga terasa tidak mahu buatkan anda terasa 'tertinggal' dengan perkembangan semasa.

Jadi, buat anda yang sudah menggunakan Ubuntu LTS versi sebelumnya, sebagai contoh kita ambil Ubuntu 15.10, maka terdapat dua kaedah mudah yang boleh digunakan untuk menaiktaraf sistem operasi anda sekaligus mengemaskini semua versi aplikasi/perisian.

1. Cara pertama ialah dengan menggunakan aplikasi sedia ada iaitu 'Software Updater'.

- Klik pada butang Dash dan cari 'update'. Klik pada Software & Updates.


- Seterusnya klik pada tab 'Other Software' dan nyah-tanda (untick) kesemua kotak yang bertanda.
Kalau tengok dalam gambar bawah ni memang Mr. Hac tak untick la, malas kot. Korang faham-faham sendirilah kan? Hahahah..


- Seterusnya klik pada tab 'Updates', klik pada kotak 'pre-released updates', pergi ke pilihan di bawah iaitu pada 'Notify me of a new Ubuntu Version' dan pilih 'For any new version'. Klik butang 'Close', cari 'Software Updater', dan kemaskini sistem operasi anda like-a-boss.

2. Cara kedua ialah dengan menggunakan baris-baris perintah.

Gunakan baris perintah di bawah untuk memasang Core Update-Manager:
sudo apt-get install update-manager-core
Gunakan baris perintah berikut pula untuk membuka fail 'release-upgrades' menggunakan Gedit:
sudo gedit /etc/update-manager/release-upgrades
Tukarkan baris daripada normal kepada lts:

Prompt=lts

Masukkan baris perintah ini untuk memulakan proses naik taraf:
sudo apt-get update
sudo do-release-upgrade -d
Atau boleh juga gunakan perintah ini:
sudo apt-get dist-upgrade -d

Powered by Blogger.