Cara Mengaktifkan Viper4Android Pada Zenfone 2 [Firmware Terkini]

Menggunakan Android tanpa menggunakan Viper4Android atau V4A, terasa seakan kosong. Bagaikan makan nasi goreng tanpa belacan (untuk orang Melayu). Pendek kata tanpa kata-kata nan berbunga-bunga, tak sedap. Tak boleh nak 'cukup' layan.

Buat masa ni saya masih menggunakan Zenfone 2. Tetapi 'sound' Zenfone 2 apabila menggunakan headphone tidak beberapa mantap sehinggalah V4A dipasang. Namun ada caranya, kerana jika hanya sekadar root sudah boleh terus mendapatkan bunyi yang dikehendaki, tak gunalah saya bebel panjang dalam entri ini. Mungkin cara ataupun tips ini boleh jua diaplikasikan kepada peranti yang lain. Atas sebab itu jika ada masalah, anda boleh cuba-cuba workaround yang ada di sini. Rosak tanggung sendiri.

Apapun anda root terlebih dahulu peranti anda. Kalau nak senang, untuk pengguna Zenfone 2 ada pre-rooted firmware. Boleh Google cari versi terbaru. Kemudian buka aplikasi SuperSU (dalam tutorial ini saya memang gunakan SuperSU. Kalau anda menggunakan aplikasi root yang lain mungkin tiada masalah).

Setelah itu sila nyah-tanda/buang centang pada kotak yang tertera Mount namespace separation. Setelah itu, reboot.


Sesudah itu. Pasangkan aplikasi V4A dan Busybox (Stericson).
Pasangkan pemacu (driver) V4A. Jangan reboot terlebih dahulu. Ada langkah tambahan yang perlu dibuat.

Buka direktori /system/etc dan buka fail audio_policy.conf dengan menggunakan mana-mana aplikasi text editor (root). Saya cuma gunakan yang built in sahaja dalam aplikasi Solid Explorer.

Sila sunting fail tersebut dan buangkan baris sepertimana yang tertera dalam gambar di bawah (klik la kalau tak nampak):


Ia akan jadi seperti ini. Simpan (save) fail tersebut dan reboot.


Buka mana-mana aplikasi pemain muzik dan kemudian buka pula aplikasi V4A. Periksa status pemacu. Ia sepatutnya akan tertera seperti di bawah:


Test this and if you do succeed, enjoy bros!


Powered by Blogger.