[Solusi Masalah Dual Boot] Error Mounting /dev/sda

Apabila buat dual boot antara Windows 7/8/8.1/10 dengan Linux umumnya dan Ubuntu khususnya, kebiasaannya tiada apa-apa masalah sangat pun. Namun terkadang keluar juga satu-dua isu kecil yang mana ianya boleh diselesaikan jika tahu puncanya.

Dalam kes 'error mounting dev/sda' ini, biasanya yang menjadi culprit ialah Windows. Terdapat banyak puncanya, namun dalam tips kali ini saya cuma utarakan satu sahaja.

Apa yang anda perlu lakukan ialah tukarkan tetapan pada Control Panel.

Navigasi ke Power Options - Choose what the power buttons do.

Seterusnya klik pada 'Change settings that are currently unavailable'.



Kemudian nyah-tanda atau buang centang pada kotak 'Turn on fast startup (recommended)'.



Ini sahaja yang menyebabkan error tersebut terjadi apabila anda cuba mengakses bahagian cakera keras yang menempatkan sistem Windows serta lain-lain fail yang anda simpan. Banyak lagi cara lain, atau punca lain, anda boleh cari sendiri.

Kalau cara ini membantu anda, rajin-rajinlah komen ya.


Powered by Blogger.