Voice Guide Terbaru Waze [Hangpa Dah Try Ka Belum?]

Ye ye, ini cerita lama, sama macam cerita 10 Kaedah Carian Google Yang Lebih Tepat tu. Memang saja tulis gitu-gitu untuk hilangkan kebosanan. Jadi apa cerita kita hari ni?

Saja la nak share kot-kot la ada yang tak tahu lagi. Buat yang jadi kipas-susah-mati Waze tu, ada pilihan voice guide terbaru iaitu T-Pain. Katanya penyanyi, kamu-kamu-kamu kenal ke dia ni? Saya tak biasa dengar pun lagu-lagu beliau, namun mendengar dari cara beliau memberikan arahan pandu arah dalam Waze rasanya macam rapper. Heh.

Takpe, kejap lagi boleh buka lagu-lagu beliau melalui Spotify.
Nah, tataplah lubang hidung beliau puas-puas.


Untuk menukar voice guide anda, sila pilih/klik pada ikon tetapan, kemudian Sound - Navigation guidance. Hah, tengok apa? Tukar laaa..






Serius ianya seperti memberi nafas baru kepada voice guide Waze, yang kadang-kadang kedengaran membosankan, dan boleh menyebabkan kemalangan akibat mengantuk yang terlampau. Korang semua dah cuba, sila-silalah komen. Cerita la sikit sedap ke tak sedap. Heh.


Powered by Blogger.