Alternatif Kepada DFX Sound Enhancer Untuk Ubuntu Linux : PulseAudio Equalizer?

Serius, saya dah cuba cari alternatif kepada DFX Sound Enhancer untuk Linux terutamanya Ubuntu, tetapi menemui jalan buntu (no pun intended). Dah bertahun rasanya saya bertanya di sana-sini, namun nampaknya tidak ketemu akan ia.

Bukan apa, kalau kita mainkan lagu dengan tetapan 'kosong' atau 'stock' dari Ubuntu, untuk seorang audiophile seperti saya, bunyinya akan kedengaran seperti 'dull', tak sedap di halwa telinga, dan kedengaran seperti tak cukup 'rempah'.

Jadi hendak tak hendak, terpaksa cuba juga PulseAudio Equalizer walaupun saya tahu ianya cuma sebuah, oh well, equalizer.


Mungkin buat Linuxer yang dah biasa guna, akan kata "Ek eleh, PulseAudio ni dah lama la bro orang guna". Ya, memang dah lama, cuma masalahnya dulu saya tidak yakin dengannya. Maklum sajalah, well, equalizer je bro, bukan ala-ala 'full system' audio enhancer seperti DFX Sound Enhancer itu.

Cuma, itulah. Selepas saya tweak sikit, seperti gambar yang anda boleh lihat di atas, keputusannya agak 'wow'. Jauh lebih sedap bunyi yang dilontarkan oleh pembesar suara berbanding dengan semasa tidak menggunakannya.

Ubuntu 16.04 LTS + Dark Rhythmbox

Ada sesiapa berminat nak buat juga Rhythmbox anda seperti ini?

Untuk memasang ia pada Ubuntu 16.04 LTS, cuma perlu gunakan PPA dari WebUpd8 dan baris perintah seperti berikut:
sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8 
sudo apt-get update 
sudo apt-get install pulseaudio-equalizer
Tweak ikut halwa telinga anda, dan enjoy..


Powered by Blogger.