Cara Melihat Kembali Kandungan Laman Web Yang Sudah Tiada

Selalu tak kita ada jumpa laman-laman blog yang dulunya ada, kini tiba-tiba 'tiada'. Berkemungkinan admin/penulis/founder sudah padam blog beliau, atau malas nak perbaharui domain (gaji belum masuk katanya), atau boleh jadi juga lupa nak redirect pembaca kepada domain baharu.

Apapun sebabnya, tahukah anda, masih ada cara untuk kita mendapatkan/melihat kembali kandungan dari laman web/blog/forum tersebut? Cuma apa yang tidak mungkin dapat dilakukan ialah memuat turun. Selain dari itu (muat turun), navigasi ke seluruh laman adalah mungkin sekali asalkan ianya tersimpan dalam 'cache'. Apa tu?

Memperkenalkan, Wayback Machine.

Apa Itu Wayback Machine?

Wayback Machine ialah sebuah laman seumpama dengan Google Web Cache. Tau kan Google Web Cache tu apa? Kalau tak tahu kejap lagi saya cerita. Senang faham, laman ini menyimpan pelbagai isi kandungan sesebuah laman web sebagai 'cache' dan ianya boleh diakses melalui laman ini dengan menggunakan pautan URL dari laman yang anda inginkan.

Berikut abam Hac cuba tunjukkan caranya. Buat yang dah expert macam hejes dalam TV tu, tak payah la baca. Heheh..

Ni contohnya:



Apa yang perlu kita buat? Senang saja. Buka laman Wayback Machine, salin dan tampal URL laman yang 'down' tersebut pada kotak carian.

And then pofff! Jadilah Coco Crunch! >.<

Masukkan URL dalam kotak carian


Klik pada mana-mana simpanan cache


Pooofffff! Jadilah Coco Crunch! >:)

Hmmm, apa dia? Nak tahu pasal Google Web Cache pula? Aih.. Tiba-tiba tangan ni malas nak sambung menaip. Haha.. >.<
Pendek kata kaedahnya lebih kurang, cuma Wayback Machine ni jauh lebih mudah dan sedikit lebih advance.

Esok-esok la kita sambung artikel pasal benda lain pula. Tunggu korang belanja abam Hac Cendoi Bakaq dulu. Tapi entah bila laaa.. Haha.


Powered by Blogger.