Cozmo, Robot Kecil Comel Sebesar Tapak Tangan Yang Pintar

Beberapa tahun lepas kita menyaksikan kelahiran robot-robot 'separa' pintar yang mampu berjalan, menari, bercakap, berbual, dan melakukan kerja-kerja rumah yang ringkas/mudah. Namun itu masih belum cukup untuk menggambarkan sejauh mana tahap kepintaran yang mampu dicapai oleh robot-robot moden.

Atas sebab itu Anki, iaitu sebuah syarikat robotik dan kepintaran tiruan, telah pun mencipta sebuah robot kecil bersaiz telapak tangan yang sangat pintar, khas untuk hiburan seisi keluarga.


Cozmo bukanlah robot yang dicipta untuk dijadikan sebagai orang gaji anda, tetapi ia adalah robot untuk menghiburkan hati. Mengikut kata pembangun, saya quote sedikit:
Cozmo is born to play. He is charming, a bit mischievous, and unpredictable. He recognizes and remembers you. He interacts with you, plays games, and gets to know you over time.

Cozmo telah dibangunkan oleh para pakar dalam bidang robotik, animator bertaraf dunia, pembangun permainan terkenal dan pereka utama dari Batmobile, Cozmo bakal mencipta satu lembaran sejarah dalam dunia robot yang mana ia bukan lagi sekadar bahan atau alat untuk melakukan kerja-kerja di kilang atau di rumah.


Dikuasakan dengan teknologi robotik termaju berserta kepintaran tiruan, robot kecil ini dikatakan mempunyai bahagian 'otak' yang mampu memproses data lebih baik dari keseluruhan Mars Rover jika digabungkan. Tonton video di bawah untuk mendapatkan sedikit input tentang Cozmo ini.


Sumber : Anki - Meet Cozmo: Where The Magic of The Movies Meet Reality

Harga : $179.99


Powered by Blogger.