elementary OS 0.4 Loki Beta Dilepaskan : Sesi Uji Cuba

Setelah sekian lama menunggu, elementary OS muncul jua dengan versi terbaru (Beta) iaitu Loki - 0.4.

Sebelum abam terangkan serba-sedikit tentang sistem operasi ini, apa kata anda tonton dahulu macam mana dia punya kelajuan tu ye. Terus terang cakap, abam agak sedikit teruja dengan prestasi yang telah ditunjukkan oleh eOS Loki ini. Seperti versi sebelumnya, ia memang laju!


Namun, seperti yang anda dapat lihat dalam screencast yang telah abam Hac buat tu, ada la sedikit minor glitches yang tidak kelihatan sewaktu abam rakam, namun muncul pula pada video akhir. Telah ditegaskan oleh para pembangunnya, "Beta Means Beta".

Ada beberapa ciri yang telah ditetapkan sebagai tetapan lalai (default) dalam eOS Loki, dan ada antaranya yang abam tak beberapa nak gemar sangat. Contohnya, tool baris perintah add-apt-repository tidak terdapat (terpasang) secara lalainya, dan juga pengurus fail .deb juga tiada. Ini bererti anda perlu mula dari 0. Walaupun jalan penyelesaiannya tidaklah sukar, namun sedikit menyusahkan kepada para pengguna yang baru hendak mencuba Linux.


























Selain itu, jika anda menyalin tampal baris perintah ke dalam Terminal, anda juga akan diberi amaran seperti ini:


Terdapat banyak lagi perubahan lain yang boleh dilihat pada elementary OS Loki 0.4 ini, antaranya ialah:

1. Pelayar web Midori telah digantikan dengan Epiphany.

2. Terdapat pusat notifikasi baharu yang ditempatkan di Wingpanel.

3. Switchboard Plugs yang baharu.

4. Stor Perisian baharu yang diberi nama AppCenter.

5. Rekabentuk semula Mouse & Touchpad dan juga Power Switchboard, dan lain-lain.

Untuk anda yang berminat, maka bolehlah muat turun elementary OS Loki ini melalui pautan di bawah:

Klik ---> elementary OS


Powered by Blogger.