Google Play Store Kini Mengaktifkan Penguji Beta Melalui Aplikasi

Kebiasaannya kalau dahulu, pengguna perlu mengikut satu pautan khas yang disediakan oleh pembangun untuk menjadi penguji beta bagi setiap aplikasi yang ingin dicuba.

Tapi ceritanya itu dahulu. Sekarang tidak lagi, apabila Google Play Store dalam versi terbaru 6.7-6.8 telah mengaktifkan fungsi tersebut melalui dalaman aplikasi Google Play Store sahaja.

Ini bererti, pengaktifan keahlian bagi menjadi penguji beta boleh dibuat secara terus melalui Google Play Store tanpa perlu mengikut pautan lagi.




Ciri ini telah diaktifkan melalui 'server-side', jadi jika anda masih belum memperolehinya, sila sabar menunggu. Ia akan diaktifkan secara peringkat demi peringkat, pengguna demi pengguna.


Powered by Blogger.