Magic Actions for YouTube

Dari tahun lepas lagi saya nak tulis tentang extension/addon yang menarik ini, namun malangnya senantiasa terhalang akibat kekangan masa dan kerja. Lalu ia terperap dengan rapi di dalam ruangan draf hinggalah hari ini saya ambil cuti semata-mata hendak tumpu kepada blog.

Betul, saya tulis blog tiada profit, tiada keuntungan, tiada pendapatan, tapi 'syahdu' di sebalik penulisan itu membuatkan saya terus menulis. (Hangpa ingat ada duit ka iklan tepi-tepi tu? Takda bro, takda, tu aku buat hiasan ja.. Hahaha.. Syahduuu).

Kembali pada tajuk, buat anda yang memang suka dengan tema kegelapan, kini ia boleh diaplikasikan kepada laman YouTube dengan menggunakan satu extension/addon bernama Magic Actions for YouTube.

Apa yang menariknya dengan extension ini hingga layak dituliskan artikel untuknya? Hah, tengok dulu paparan skrin di bawah:


Wooo, YouTube sudah dijajahi dengan kegelapan!

Ehh? Itu je ke? Sabar, ada lagi..

Selain dari kegelapan yang menyelubungi YouTube, yang membantu mata anda ketika malam hari untuk menonton video-video seksi yang menarik, terdapat juga ciri-ciri berikut:
- Ad block, tiada lagi iklan-iklan yang menyakitkan jiwa. 
- Cinema Mode, yang ni korang kena test sendiri. Saya tak minat, tapi sesetengah orang suka tengok dengan resolusi/aspect ratio begitu. 
- Volume control menggunakan mouse wheel. Scroll je bro, senang nak 'ejas' volume. Boleh ditetapkan pula tu berapa jumlah volume apabila di-skrol. 
- Auto HD. Senang, tetapkan resolusi yang ingin anda tonton setiap kali klik pada satu-satu video. Saya terus tetapkan kepada 1080p. full HD. Puas hati. 
- Speed booster. Ciri untuk melancarkan main semula video. Anda kena cuba ciri ini. 
- Stop Autoplay - yeah bro, ciri ini paling saya suka sekali sebab tak akan buat kita terperanjat dengan volume yang tiba-tiba menerjah ke telinga.
- Dan lain-lain. Anda cuba sendiri lah extension ini. Ianya amat-amat membantu dalam meluaskan lagi user experience dengan laman YouTube. Nampak macam biasa-biasa je, tapi apabila sekali anda dah cuba dan terokai cirinya, saya yakin dan pasti anda tidak akan boleh lagi tonton YouTube tanpa menggunakannya.

Contoh Cinema Mode

Contoh Cinema Mode

Pasang Magic Actions for YouTube pada Chrome melalui pautan di bawah:

Magic Actions for YouTube - Chrome Web Store

Untuk Firefox pula boleh gunakan pautan ini:

Magic Actions for YouTube - Google+

Hahah.. serius saya tak tahu apa yang telah terjadi kepada addon untuk Firefox dan laman web rasminya. Tak boleh buka pula. Cuba anda buka, boleh tak? ----->>> Chrome Actions  -_-

Ok, gerak dulu guys, pape hal roger.


Powered by Blogger.