Review Filem The Conjuring 2 : The Enfield Poltergeist

Saya tidak pasti sejauh mana James Wan mempunyai 'jiwa Asia', namun menonton The Conjuring 2 jelas menunjukkan bahawa beliau faham benar akan 'kaedah' kejiwaan filem seram orang Asia (Thailand contohnya) yang sememangnya mempunyai unsur-unsur menyeramkan melalui babak-babak suspens.

Dalam filem ini juga kita akan dapat melihat sudah kurang penggunaan 'jump scares' yang terlalu cliche, juga sudah terlalu 'overused' oleh ramai pengarah-pengarah filem, ambil contoh dari Malaysia iaitu Syamsul Yusof, yang mana dalam filem beliau banyak penggunaan jump scares berbanding plot-plot menakutkan melalui babak ataupun lakonan.

Perkara ini telah pun saya jelaskan dalam review filem Munafik sebelum ini.

Review Filem Munafik (2016) : Perempuan Mengandung Jangan Mengada Pergi Tengok


[Reviu Tanpa Spoiler - Non Spoilery Review]

Filem ini juga tidak lagi bermain dengan watak skeptikal terhadap 'hantu', apabila nasib hampir kesemua orang adalah sama, iaitu apabila mereka mula cuba meyakinkan orang lain bahawa 'hantu itu tidak wujud', dengan tidak semena-mena ia muncul atau memanifestasi di hadapan mereka melalui objek-objek di sekeliling.

Kalau dalam The Conjuring, berkisar tentang gangguan makhluk halus dalam rumah/satu keluarga, The Conjuring 2 juga masih berkisar perihal yang sama, cuma mengambil tempat yang berbeza serta sedikit mood yang berlainan di mana watak utama rasukan kali ini ialah seorang kanak-kanak perempuan.


Dikatakan, The Conjuring 2 telah mengambil tema filem berasaskan kisah sebenar yang berlaku kepada sebuah keluarga di Enfield, yang mana bukan sahaja rumah tersebut yang didiami itu dihantui entiti, malah ahli keluarga juga dirasuki hingga memaksa permintaan terhadap bantuan 'di luar kuasa' pihak polis.

Watak Ed dan Lorraine Warren masih dikekalkan, manakala watak baru seperti keluarga Margaret Hodgson ditambah ke dalam senarai.


Apa yang abam Hac suka, ialah James Wan ni memang genius dalam mencipta putaran plot apabila sesuatu yang tidak disangka-sangka akan muncul di akhir cerita. Ada watak-watak 'penyiasat' kes paranormal, dan ada juga watak 'penyiasat' versi skeptik, namun ia tidak menjejaskan keseluruhan filem. Diakui, watak versi skeptik itu agak membosankan, tetapi ianya tidak dapat dibuang dek kerana dalam 'kisah yang sebenar' juga beliau ada (sabar aje lah).

Juga abam nak sentuh tentang sesuatu yang amat jarang sekali ditonjolkan dalam filem-filem seram, dan jarang pula diketahui oleh orang zaman sekarang, iaitu cabang ilmu terawangan yang dikuasai oleh Lorraine Warren, juga ilmu ini dikenali sebagai Astral Projection (Meraga Sukma).

Sukar untuk dijelaskan, sukar juga untuk ditulis ke dalam sebuah artikel, tetapi yang berminat untuk tahu boleh cuba baca pada pautan ini : Astral Projection

Kenapa penting untuk faham? Kerana filem ini banyak memainkan babak yang memaparkan situasi di mana Lorraine 'berjalan-jalan di luar tubuhnya' dan boleh pula berada di suatu masa lampau (time travel). Ianya agak sulit dan berat untuk difahami oleh orang kebanyakan, dan inilah suatu sisi yang dibawa oleh James Wan.

Pada abam, eloklah anda pergi tempah tiket dan tonton sekarang. Jangan nak layan lanun sangat. Lebih puas menonton di wayang, tambah pula bila hantu tu jerit, ewww.. >.<

Abam Hac boleh bagi meter kepuasan untuk filem ini, pada skala 10 ---> 8.5/10 (cemerlang!)


Powered by Blogger.