Sim Prabayar Yes 4G LTE Bakal Dilancarkan, VoLTE Tersedia

Berita baik buat semua yang ingin mencuba telco/MVNO bersama telefon baru, Yes 4G LTE kini menawarkan kad sim prabayar dengan pelan data 30GB percuma untuk 2 bulan (15GB setiap bulan), 100 minit panggilan suara dan 100 minit SMS kepada rangkaian tempatan, serta panggilan tanpa had kepada rangkaian Yes, asalkan anda membeli telefon pintar Samsung dari siri J.

Itu sahaja syaratnya.


Apa yang menarik, rangkaian Yes juga mengaktifkan Voice over LTE atau VoLTE, sebuah ciri baru dan pertama seumpamanya di Malaysia. Tak perlu bimbang untuk 'kunci' rangkaian 4G anda lagi, kerana panggilan suara tetap akan dapat disambungkan.



3 telefon pintar Samsung dari siri J, iaitu J1, J5, dan J7 akan mula dijual pada 16 Jun 2016 di semua cawangan booth jualan Samsung/wakil jualan dengan harga RM449, RM849, dan RM1049 mengikut turutan (termasuk GST), dan terdapat dalam tiga warna pilihan iaitu hitam, putih, dan emas.

Mengikut kepada sumber berita, Yes 4G akan mula melancarkan pelan prabayar tersebut pada 30 Jun 2016, dan nombor akan bermula dengan 018.

Sumber : Malaysian Wireless


Powered by Blogger.