VLC for Android 2.0 Telah Dilepaskan Secara Rasmi Di Google Play Store

Ya, ya, abam tahu VLC for Android versi 2.0 ni dah lama keluar. Tapi ia baru sahaja dilepaskan dalam Google Play Store secara rasmi baru-baru ini.


Versi 2.0 yang dilepaskan secara 'tidak rasmi' melalui apkmirror telah pun abam uji cuba sebelum ini, dan nampaknya masih terdapat bugs yang menyebabkan ia force close pada peranti yang abam gunakan.

Namun dengan rilisan rasmi ini, ianya telahpun ditangani dan boleh dikatakan tiada lagi masalah padanya. Abam salin dan tampal log perubahan VLC 2.0 ini, anda terjemah sendiri la ya. Heheh.
2.0 introduces a large number of features, notably network disk browsing (Windows shares, UPnP, NFS, FTP, SFTP...), favorite folders and URLs, video playlists, rewritten notifications and control, popup video and a rewritten history.
It is also a merge of Android TV and Android versions, so that every device can optionally get the Android TV interface. The TV interface has been improved quite a bit too. Finally, it should be faster to decode and playback all video types.




Ada perkara yang abam lebih suka pada MX Player, tiada pada VLC, sama seperti SM Player (untuk PC), yang memiliki beberapa ciri menarik, tetapi tiada pada VLC untuk PC. Namun adakalanya frasa less is more itu terpakai untuk VLC.

Kerana jika anda inginkan sebuah pemain media yang boleh memainkan kesemua media anda, plug anda play, maka VLC adalah aplikasi yang paling sesuai. Hanya tinggal pasang dan guna sahaja. Jika anda mahukan sebuah pemain media yang lebih terkedepan, pilihlah MX Player (untuk Android) dan SM Player (untuk PC).

Muat turun ---> VLC for Android


Powered by Blogger.