100GB! Siapa nak bagi?







 
Bismillah ir-Rahman ir-Rahim.
As-salamu 'alaikum wa-rahmatullahi ta'ala wa-barakatuh.
Rasanya cukup lama tak menyumbang artikel bermanfaat di blog ini. Kali ini saya akan kongsi kan kepada anda semua sesuatu yang menarik - storan awan.

Ramai yang pasti sedar kepentingan storan awan, yang mana storan di peranti kita semua kadang kala tak cukup, ya lah, dah penuh dengan video dan lebih-lebih lagi di suasana hari raya ni. Kalau boleh gambar jalan raya, lalang, sampul duit raya di jalanan pun kita rasa menarik nak tangkap. Tu belum masuk lagi gambar awek sebelah rumah, video korang terkinja-kinja hype macam beruk. Eh.

Tak nak cerita banyak, jom kita sama-sama semak storan awan yang satu ini - degoo.com. Didatangkan dengan saiz lalai 100gb, anda boleh menaik taraf storan anda lebih besar dengan harga yang agak berpatutan.

Kelebihan:

Selamat - Fail anda selamat disimpan di dalam storan dengan enkripsi military grade sebelum fail anda di muat naik ke awan.
Boleh dipercayai - Setiap fail anda disalin sebanyak tiga kali bagi memudahkan anda mengakses fail di mana sahaja dan setiap masa anda memerlukannya.
Automatik - Setiap kali anda mengambil gambar atau menyimpan fail ke dalam peranti anda, salinan ke awan akan dijalankan tanpa pengawasan anda. Anda tidak perlu lagi berfikir untuk menyalin fail anda.
Sentiasa online - Anda boleh mengembalikan semula fail anda di peranti anda atau di komputer mahupun komputer riba anda, bila-bila masa, di penjuru dunia mana pun anda berada (psst, kena ada sambungan Internet, tau?).

Kekurangan:

Buat masa ini, belum saya temui. Mungkin paparan yang ringkas kurang menarik bagi advanced user yang suka godek-godek. Untuk keluaran versi sekarang, Deego cuma membenarkan pengguna memuat naik fail jenis folder. Setiap fail di dalam parent folder akan disimpan ke dalam storan. Jika anda ingin memuat naik sesuatu fail ke storan, anda harus mengasingkannya dahulu ke dalam folder lain. Mungkin kekurangan ini akan diperbaiki pada masa akan datang(*).
 
Dengan paparan antaramuka yang sangat mudah, percayalah, anda tidak akan tersesat apabila anda berjalan-jalan di dalamnya.

Sekian sahaja untuk kali ini. Bi-iznillahi ta'ala, kalau ada berita yang menarik lagi, akan saya kongsi kan kepada anda semua.

Klik pada pautan ini untuk mendapatkan 100gb percuma dari Degoo.

(*)Update terbaru selepas menggunakan aplikasi ini.

Sign out, 
MiM.




Powered by Blogger.